Bintang ‘paling baik’ EPL pilih TFC jadi juara Piala FA


  • Podium
  • Sabtu, 10 Sep 2022

TFC sedang memburu misi menamatkan kemarau kemenangan Piala FA selama 11 tahun. — Facebook/TFC

TROFI kejuaraan final Piala FA 2022 bakal dijulang juara baharu apabila wisel penanda tamat permainan dibunyikan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Sabtu malam.

Perlawanan keramat di antara pasukan dari Selatan, Johor Darul Takzim (JDT) dan pasukan dari Pantai Timur, Terengganu FC (TFC) dijangka sengit kerana kedua-dua pasukan memiliki misi tersendiri.

Namun, TFC mungkin boleh senyum lebar apabila mereka mendapat 'kata-kata semangat' dari bintang Chelsea iaitu N’golo Kante yang mengucapkan kejayaan kepada skuad Sang Penyu dalam loghat negeri tersebut.

Perkongsian itu dimuat naik di Twitter Football Terengganu dengan kapsyen: "Ucapan istimewa bintang Chelsea, N’golo Kante buat TFC malam ini (Sabtu)!"

Menerusi video tersebut, tonggak tengah dari Perancis itu berada bersama seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan peminat TFC di sebuah restoran.

Pemuda tersebut sempat mengajar Kante ketika itu untuk menyebut perkataan keramat buat bola sepak Terengganu iaitu ‘Peteh Ganu Peteh’ yang amat terkenal dalam saingan Liga Malaysia sejak sekian lama.

Good luck Terengganu, Peteh Terengganu Peteh,” kata pemuda tersebut menerusi klip video tersebut sebelum disambung oleh Kante dengan senyuman penuh rasa teruja.

Sebagai rekod, kali terakhir trofi Piala FA menjadi milik TFC adalah pada 2011, selain pernah muncul juara edisi 2000.

Kali terakhir diadakan pada 2019, Kedah muncul juara sebelum Piala FA ditangguhkan selama dua musim berturut-turut ekoran Covid-19. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

Bintang, paling baik, EPL, pilih, TFC, jadi, juara, Piala FA