'Nampak barai, tiada magis', strategi coach, skil anak Malaysia dipertikai selepas JDT tewas


  • Podium
  • Sabtu, 20 Ogos 2022

Sebahagian daripada aksi JDT ketika bertemu Urawa Red Diamonds.

KEKALAHAN Johor Darul Takzim (JDT) ke atas kelab dari Jepun, Urawa Reds Diamonds, 0-5, nampaknya menimbulkan persoalan mengenai kesediaan pasukan itu terutamanya bersama jurulatih baharu, Hector Bidoglio.

Malah, hasrat JDT untuk menempa satu lagi sejarah mara ke suku akhir Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 juga tidak kesampaian selepas tewas dalam perlawanan di Stadium Saitama, Jepun.

Ramai sebenarnya yang masih kurang jelas dengan strategi yang digunakan Bidoglio selain membawa kesemua pemain import ke dalam kesebelasan utama.

299389687_2366083416888277_8227873997195065607_n

Hector Bidoglio nampaknya gagal merangka strategi terbaik untuk JDT. — Facebook/Johor Southern Tigers

Selain itu, kemampuan pemain tempatan untuk beraksi di peringkat antarabangsa juga nampaknya menjadi bualan penyokong.

Perkara itu juga mendapat perhatian seorang pengguna Twitter dari Jepun, Teriyaki_God87 yang menyatakan bahawa kelab JDT terlalu berharap kepada pemain import.

"Pemain tempatan yang beraksi untuk JDT juga sangat teruk," katanya.

299817965_2366083183554967_5466485941189093918_n

Kesebelasan utama yang beraksi ketika menentang Urawa Red Diamonds. — Facebook/Johor Southern Tigers

Sementara itu, seorang penyokong pasukan Kedah, Mohd Asri Abu Bakar berkata, skuad JDT yang turun menentang Urawa Reds Diamonds nampak barai dan tiada magis daripada jurulatih baharu.

"Diharap Tengku Mahkota Johor (TMJ) buat sesuatu dengan patas. Kalau dibiar, prestasi ini akan terbawa ke Liga Super.

"Saya suka lagi tengok Benjamin Mora (jurulatih lama) yang lebih bersungguh dan tegas dalam setiap perlawanan.

"Tak mengapa JDT, dah sampai ke pusingan 16 ACL pun sudah cukup membanggakan kami," katanya.

Sementara itu, seorang lagi penyokong bola sepak tempatan, Max Sebastian Veron turut menyifatkan kemahiran pemain tempatan masih lagi rendah.

"Skill dan kawalan bola itu penting dalam bola sepak. Pemain tempatan masih kekurangan daripada segi itu," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram