PERJALANAN wakil tunggal Malaysia, Johor Darul Takzim (JDT) dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) tamat di peringkat 16 terakhir selepas tewas 0-5 kepada kelab Jepun, Urawa Red Diamonds di Stadium Saitama, Jepun, Jumaat.
Gawang yang dijaga kapten Harimau Selatan, Farizal Marlias itu dibolosi seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti dari Alexander Scholz dan David Moberg berjaya meledak gol kedua serta ketiga pada babak pertama.
Manakala bersambung babak kedua, JDT terus menjadi ‘lauk’ skuad The Reds apabila pasukan tuan rumah berjaya menjaring dua gol lagi menerusi Kasper Junker pada minit ke-84 dan 91.
Bukan sahaja memusnahkan harapan JDT untuk kekal beraksi di kejohanan ACL, kekalahan itu juga ditanggung bersama penyokong setianya.
Usia perlawanan, rata-rata penyokong JDT mengucap tahniah kerana berjaya sehingga ke pusingan 16 terbaik dan ada juga yang memberi komen-komen seperti pengadil berat sebelah.
Berikut adalah tiga talking point yang menjadi bualan penyokong bola sepak usai perlawanan pusingan kalah mati JDT menentang Urawa Red.
Antara aksi pemain JDT menentang skuad The Reds. — Facebook JDT
1) Pengadil berat sebelah
Hangat diperkatakan apabila pengadil perlawanan itu dilihat seakan berat terhadap pasukan pelawat dan lebih memihak kepada Urawa Reds.
Mana tidaknya, keputusan pengadil kepada pemain JDT dilihat berat sebelah kerana foul yang dilakukan sering mendapat tiupan wisel.
Manakala pemain lawan tidak mendapat tiupan pengadil walhal foul itu sama seperti yang dilakukan oleh Harimau Selatan.
"Terbaik JDT. Permainan yang bagus jika bukan disebabkan reff. Kalah menang adat permainan. Bila reff Australia ini yang sentiasa berat sebelah adili pemainan... macam itu lah hasilnya. Memang nampak sangat players JDT down daripada awal dengan sikap pengadil ni. Jika sikit body contact pun salah... bukan bolasepak namanya tu. Kesilapan players Urawa pula reff buat tutup mata je. Tak mengapa JDT, cuba lagi di masa hadapan. Syabas. " ujar Samad Sofyan.
Chris Beath adalah pengadil Australia yang pernah memberikan kad merah kontroversi epada dua pemain Malaysia semasa menentang Hong Kong pada tahun 2017 kini mengadili perlawanan JDT menentang Urawa Reds.
2) Penalti
Sepakan penalti yang diberikan oleh pengadil hangat dibincangkan dalam kalangan penyokong kerana dilihat pada minit keenam sentuhan tersebut dikatakan memihak kepada penjaga gol JDT namun pengadil bertindak memberi sepakan penalti dan layangan kad kuning tanpa berbincang dengan penjaga garisan.
"Perlawanan pertama Farizal foul ke. memang berat sebelah pengadilnya. Kena kad kuning minit keenam pula itu, " kata Aliff Deanial.
Fernando Forestieri juga dilihat gagal menjaring sebarang gol pada malam ini. — Facebook JDT
3) Gol seawal minit ke-8 jatuhkan moral pemain
Siapa yang tidak kecewa apabila gawang dibolosi seawal minit kelapan dan bagi penyokong perkara itu yang mula menjatuhkan moral pemain sehingga wisel terakhir berbunyi.
Sepakan penalti dari Alexander Scholz itu mula membawa semangat terhadap pemain Urawa Reds untuk meledak gol sementara JDT seakan bermain dengan moral yang rendah.
"Tak nafikan moral pemain jadi down tapi tahniah JDT. Anda dah buat yang terbaik. Pasal pengadil itu tiada komen tapi kalau boleh berilah peluang kepada penjaga gol simpanan," komen Afizee Miswan sambil merujuk kepada persembahan Farizal Marlias. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram