Padah kritik 2 bintang Sabah, betul ke penyokong 'koyak' coach panggil 'lalang'?


  • Podium
  • Sabtu, 20 Ogos 2022

Sebahagian daripada aksi pertemuan antara KDA FC dan Sabah FC baru-baru ini. — Bernama

PERLAWANAN antara Sabah FC dan Kedah Darul Aman (KDA FC) di Stadium Darul Aman, Kedah yang berakhir dengan keputusan seri 1-1 nampaknya masih menjadi bahan bualan sehingga kini.

Menerusi perlawanan itu, penyokong Sabah FC menyatakan dua bekas pemain KDA FC, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Ghazali dikatakan tidak bermain mengikut kemampuan sebenar mereka.

Perkara itu mendapat respons daripada Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee yang beranggapan penyokong yang mengkritik kedua-dua pemain itu adalah lalang.

Malah, Kim Swee berkata sejak dari awal musim lagi, semua pemain yang menyarung jersi Sabah FC sudah memberikan yang terbaik sehingga pasukan itu berada di kelompok atas Liga Super.

297590401_2264108817076735_8607783299767768651_n

Segelintir penyokong terasa hati bila Kim Swee menggelarkan mereka sebagai penyokong lalang. — Facebook/Sabah fc

Komen pedas Kim Swee itu nyata membuatkan ada penyokong yang tidak senang duduk tetapi ada juga yang setuju dengan kenyataan bekas jurulatih skuad kebangsaan itu.

Seorang penyokong Sabah FC, Sylvester Taha berkata, tidak semua kritikan yang dilemparkan penyokong adalah positif dan lebih menjurus untuk menghentam.

"Saya rasa kenyataan Kim Swee ada benarnya. Penyokong Sabah yang sebenar, dia akan berpegang teguh dibelakang pasukan dan bukannya menghentam.

"Jangan kita cepat terasa hati pula bila ketua jurulatih sudah bersuara. Selama ini dia banyak berdiam bila penyokong kutuk macam-macam terhadap pemain dan pasukannya.

Baddrol-Bakhtiar-Rizal-Ghazali

Aksi Baddrol Bakhtiar (kiri) dan Rizal Ghazali dalam pertemuan menentang KDA FC menjadi bualan penyokong. — Facebook

"Tapi bila sekali dia keluar kenyataan, terus kita pun terasa hati. Cuba letakkan diri kita di situasi dia baru kita akan faham," katanya.

Seorang lagi penyokong, Edmond TJ pula berkata, kalau bukan kerana Kim Swee, Sabah FC tidak akan sampai ke tahap yang sekarang.

"Biarlah dia buat kerja dan untuk penyokong, nak kritik memang hak masing-masing tapi biar berpada-pada.

"Jangan sampai melempar tuduhan yang bukan-bukan seperti rasuah dan sebagainya. Mereka pun ada maruah juga," katanya.

JunJun Junior pula berkata, Kim Swee tidak 'koyak' sebaliknya yang dipanggil lalang itu yang sebenarnya 'koyak'.

ALOR SETAR, 17 Ogos -- Penyerang Kedah Wanja Ronald Ngah diasak pemain Sabah Alto Linus dalam perlawanan Liga Super, Kedah FC bertemu Sabah FC di Stadium Darul Aman malam ini.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebahagian daripada aksi pertemuan antara Sabah FC dan KDA FC. — Bernama

"Acah-acah penyokong sejati. Asyik mahu menang, bila kalah dan seri, terus dikutuk. Ada tu yang siap petik nama Baddrol dan selit dengan gambar berbaur makian.

"Buat malu sahaja. Sabah FC baru nak bangun. Piala liga utama sudah bertahun tak dapat. Piala Malaysia masih mandul untuk didakap.

"Tetapi lagak penyokong (jenis lalang) macam Sabah FC pasukan besar. Kalau sudah dapat piala, entah-entah kalah satu atau dua game pun terus disuruhnya tukar sana sini," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram