Adakah anda rakyat Malaysia SEJATI? Rebut hadiah lebih RM3,000 dengan menyertai peraduan ini!


  • Kempen
  • Rabu, 17 Ogos 2022

Jom sertai Peraduan Slang Majoriti Merdeka untuk menguji jika anda rakyat Malaysia sejati!

HAI rakyat Malaysia!

Pastinya sambutan kemerdekaan negara ke-65 ini mengimbau pelbagai memori untuk setiap anak jati Malaysia walau di mana kita berada. Seiring peredaran masa, zaman pun berubah, tentu sekali pelbagai saat dilalui hingga bumi bertuah ini mencapai kemajuan yang membanggakan dengan peranan yang dimainkan rakyat berbilang bangsa dan agama.

Sehubungan itu, sempena menyambut Hari Kebangsaan, Majoriti sedang menganjurkan Peraduan Slang Majoriti Merdeka untuk menguji jika anda rakyat Malaysia sejati!

Jom gunakan 'filter' Instagram kami & anda berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bernilai lebih RM3,000!

Seramai lapan pemenang bertuah bakal membawa pulang salah satu hadiah menarik seperti:

  • Haruman lelaki Carolina Herrera Bad Boy 50ml bernilai RM290
  • Haruman wanita Nina Ricci Nina Rose/Nina Rogue 80ml bernilai RM355
  • Percutian staycation 2 hari 1 malam bernilai RM200
  • Baucar keahlian 6 Bulan Celebrity Fitness bernilai RM680

Tunggu apa lagi? Jom rojak!

Cara penyertaan:-

Langkah 1: Layari laman sosial Majoriti: Instagram (https://www.instagram.com/majoritiofficial/) untuk mendapatkan ‘filter’ Story.

Langkah 2: Peserta hendaklah merakam klip video pendek melalui Instagram Story untuk menunjukkan penggunaan perkataan ‘slang’ Malaysia dalam kehidupan seharian atau maksud perkataan ‘slang’ dan memuat naik video tersebut ke akaun Instagram peserta.

Langkah 3: Selepas memuat naik Story, peserta hendaklah ‘tag’ akaun Instagram Majoriti (@majoritiofficial). Pastikan akaun Instagram ditetapkan kepada umum sepanjang tempoh peraduan untuk Majoriti melihat Story yanganda muat naik!

Langkah 4: Ikut atau ‘Follow’ akaun Instagram Majoriti dan ‘tag’ dua (2) rakan di ruangan komen di post ini bersama-sama mesej ini, "Done #SlangMajoritiMerdeka" setelah selesai.

LIHAT POST PERADUAN DI INSTAGRAM

Terma & Syarat penuh di sini. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram