Tiga kemenangan belum cukup, 6 perubahan perlu dilakukan Sri Pahang


  • Podium
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Sri Pahang mencatatkan tiga kemenangan berturut-turut selepas diambil alih oleh Dollah Salleh. — Bernama

BERADA di kedudukan ke lima dalam Liga Super dan mencatatkan kemenangan dalam tiga perlawanan berturut-turut adalah satu petanda positif buat Sri Pahang.

Bermula dengan penyingkiran Ketua Jurulatih, Christophe Gamel sebelum digantikan dengan Datuk Dollah Salleh, Tok Gajah sentiasa bergelut dengan kekalahan.

Kehadiran Dollah yang pada awalnya mendapat kecaman penyokong akhirnya berjaya membuahkan hasil yang positif.

Namun, ada juga yang menyatakan bahawa prestasi positif Sri Pahang kini tidak sepatutnya menjadi kayu pengukur kerana masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian.

PETALING JAYA, 9 Ogos -- Aksi pemain Sri Pahang FC, Muhamad Baqiuddin Shamsudin (kiri) diasak pemain PJ City FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, hari ini.Keputusan semasa, PJ City FC 0-2 Sri Pahang FC.--fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Sebahagian daripada aksi perlawanan melibatkan Sri Pahang FC. — Bernama

Perkara itu dibangkitkan laman Facebook penyokong Sri Pahang, Elephant Army yang menegaskan tiga kemenangan sebelum ini tidak bermakna perjuangan sudah selesai sebaliknya menyenaraikan enam perkara yang perlu diberi perhatian untuk perubahan.

"Pertama, tabiat menyalin pasukan tanpa ada pelan jangka panjang masih tak berubah. Pemain perlu masa dan kerap bersama dalam satu pasukan untuk membina keserasian.

"Kedua, kontrak baru untuk pemain berpotensi masih belum diberikan. Cukup-cukuplah tunggu sampai musim habis baru sibuk nak kalut tawarkan kontrak.

"Nanti player dah sign dengan pasukan lain mulalah salahkan itu ini. Belajar daripada kesilapan lalu yang buat kita kehilangan Faisal Halim dan Nik Sharif," katanya.

Selain itu, Elephant Army turut meminta supaya masalah pemilihan pemain import yang tidak menepati piawaian diselesaikan.

297052330_5468764959850820_9189753534602542202_n (1)

Kesebelasan utama Sri Pahang FC. — Facebook/Sri Pahang FC

Jelasnya, hal pemain import ini perlu ada kriteria dan kehendak gameplay pasukan.

Malah katanya, jurulatih dan pengurusan perlu duduk sekali dengan scouting talent dan bukan setakat berharap kepada ejen.

"Keempat ialah masalah jurulatih yang dilantik tak diberi masa mencukupi untuk melaksanakan perancangan.

"Kelima, kuasa pemain dalam menentukan prestasi pasukan masih belum dikawal kerana pemain yang sama dari musim lalu secara tiba-tiba dirasuk aura pahlawan bola bertukar jurulatih," katanya.

Tambahnya, perkara keenam ialah ialah berkenaan pusat latihan yang dikatakan lengkap dengan clubhouse masih belum dibina lagi.

"Penyokong kena fahami apa yang kita sama-sama perjuangkan. Kalau sebab tiga kemenangan ini kita berhenti daripada berjuang, maka sesungguhnya kita belum menang," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram