Remaja maut akibat seks melampau, suami usia 57 tahun, bapa tiri ditahan


  • Benua
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Mangsa yang berusia 15 tahun maut selepas melakukan hubungan seks. — Gambar Hiasan

SEORANG remaja perempuan dari Balikpapan, Kalimantan Timur ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kemaluan disyaki selepas melakukan hubungan seksual dengan suaminya.

Ibu mangsa membuat laporan polis sebaik sahaja melihat dubur anak perempuannya itu berlumuran darah dan polis menahan dua suspek termasuk bapa tiri dan suami mangsa yang berusia 57 tahun.

Mangsa yang berusia 15 tahun mengahwini lelaki tersebut atas alasan untuk membela nasib keluarga remaja itu yang pernah hidup dalam kesusahan di tengah-tengah hutan.

Ketua Polis Balikpapan, Kombes V Thirdy Hadmiarso mengesahkan pasukan penyiasat menemui kesan luka di dubur yang disyaki berpunca daripada kekerasan menggunakan objek tumpul.

“Pada mulanya, ibu mangsa tidak merasa curiga atas kematian yang menimpa anaknya namun selepas melihat kesan darah yang banyak di bahagian belakang dubur, ternyata ianya berpunca daripada keganasan. Jadi dia segera melaporkannya pada polis Balikpapan,” katanya.

Hasil siasatan yang dijalankan, polis menjumpai beberapa bahan bukti dan salah satunya merupakan alat permainan seks yang sering digunakan oleh pelaku kepada mangsa sehingga remaja itu meninggal dunia.

“Kami mengambil serta menyiasat kesemua bukti termasuk seluar dalam mangsa dan akan dibawa ke balai untuk siasatan lanjut," katanya.

Tambah beliau, bapa tiri mangsa juga ditahan atas kesalahan mengahwinkan anak tirinya yang masih lagi di bawah umur.

Mangsa disyaki terjerat dalam kes pemerdagangan manusia atas faktor tertentu yang masih dalam siasatan polis.

"Mereka yang ditahan akan membantu siasatan pihak polis berkenaan kes pemerdagangan manusia," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram