Teruskan legasi Tun Razak, anak Najib mungkin calon PRU15 di Pekan


  • Politik
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Mohd Nizar dikatakan akan bertanding di kerusi Parlimen Pekan dalam PRU15 akan datang.

ANAK Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nizar mungkin akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mewakili kerusi Parlimen Pekan sebagai meneruskan legasi Allahyarham Tun Razak di situ.

“Ura-ura mengatakan anak kepada Najib Razak dan isteri pertama, Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar, adalah calon yang mungkin bertanding dalam kawasan Parlimen Pekan untuk meneruskan legasi Allahyarham Tun Abdul Razak,” lapor The Star dengan memetik Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, laporan itu berkata, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk Mohd Nizar bertanding dalam pilihan raya itu masih belum diputuskan.

Mohd Nizar, yang juga merupakan ketua pemuda Umno Pekan, 44 dilihat sebagai calon yang sesuai untuk kerusi itu sekiranya Najib tidak layak bertanding pada PRU15.

Najib mengambil alih kerusi Parlimen Pekan selepas kematian bapanya pada 1976 ketika memulakan karier politiknya pada usia 23 tahun.

Beliau mengekalkan kerusi itu dengan majoriti 24,859 pada PRU14 selepas memperoleh 43,854 undi dalam pertandingan empat penjuru. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram