Budak pra sekolah diajar minum arak, ramai desak polis segera ambil tindakan


  • Tular
  • Khamis, 11 Ogos 2022

Tangkap layar menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki sedang minum minuman alkohol.

MINUMAN keras atau arak sememangnya membahayakan kesihatan diri kerana boleh mengakibatkan pelbagai kesan sampingan yang boleh merosakkan organ dalaman hingga mengakibatkan kematian.

Umumnya, meminum arak tidak digalakkan, namun isu ini dilihat sukar dibendung terutamanya dalam kalangan remaja.

Tidak cukup dengan itu, tular di laman Twitter apabila perkongsian video ini memaparkan seorang budak lelaki diberi minuman keras dalam tin oleh orang dewasa.

Menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, video tersebut telah menerima hampir 900 jumlah tontonan di Twitter.

Nanmanjoi8715 berpendapat pihak polis pasti akan menjalankan siasatan apabila berkata: "Ni tak lama memang mak bapa dia kena kutip ni, harap polis ambil siasatan."

Seorang lagi netizen, N17 CoyS turut meninggalkan komen berbaur sinis yang nyata ditujukan pada si pelaku salah yang masih belum dapat diketahui hingga ke hari ini.

"Menu lokap Dang Wangi Ogos 2022, Khamis nasi putih lauk kobis goreng, ikan sardin air sirap dan epal buah.

"Jumaat pula mee segera, nasi ayam rebus kicap, air kosong dan pisang. Sabtu menu akan diberitahu kemudian," katanya.

Menurut laporan Awani, had umur penjualan ataupun pemberian minuman beralkohol telah ditetapkan hanya untuk golongan yang berusia 21 tahun ke atas sahaja.

Penguatkuasaan itu berikutan pindaan peraturan berkaitan minuman beralkohol di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram