KEDAH Darul Aman (KDA) FC sekali lagi terpaksa menanggung kekalahan memalukan apabila ditewaskan Sri Pahang FC 0-2 dalam aksi Liga Super pada Isnin.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang itu, kedua-dua jaringan Pahang disumbangkan oleh pemain import, Steven Rodriguez.
Rabu lalu, Kedah juga berdepan dengan kekalahan 1-2 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC.
Aidil mendakwa, pengurangan bajet menyukarkan beliau mengekalkan momentum Kedah.
Sebelum ini, pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak dilaporkan memberi alasan bahawa, bajet untuk pasukannya bagi tahun ini tidak sama dengan bajet tahun lepas.
Aidil berkata, pengurangan bajet itu sekali gus menjadikan beliau sukar untuk mengekalkan momentum, selain tidak dapat mengekalkan 'key players' skuadnya pada musim lepas.
Selain itu, katanya, kekurangan bajet itu juga menyebabkan beliau perlu memberi peluang kepada pemain muda untuk beraksi.
Kenyataan Aidil itu didakwa tidak difahami oleh kebanyakan penyokong Kedah tentang perancangan bola sepak Kedah yang dibawa oleh beliau.
Malah, ada segelintir pihak yang mendakwa, kononnya Aidil hanya mencipta alasan bagi menutup kelemahannya ketika mengemudi Kedah.
1. Pengurangan kos
Antara yang tampil mengulas mengenai perkara itu, Lazar Fauzanović mengakui bahawa, sememangnya terdapat pengurangan kos bagi pasukan itu berbanding musim lepas.
Namun, pemerhati sukan itu berkata, beliau tidak merasakan bahawa Aidil tidak disediakan dengan pasukan yang lengkap.
Perkara itu dibuktikan apabila Kedah 'memborong' pemain 'high rate' dari Penang FC seperti Khairul Azrin, Al-Hafiz Harun dan Amer Azahar.
"Pemain lain seperti Denchi Marcel juga merupakan key players Terengganu untuk musim lepas.
Sanrawat (kiri) dan Ronald Ngah (kanan) antara pemain import Kedah.
Ronald Ngah 'top scorer' liga Jordan, di pertengahan musim kita bawa masuk bekas pemain Thailand, (Sanrawat) Detchmir dan key player pasukan Jordan, iaitu Mahmoud Al-Mardi. Bukan kecil anak punya player.
"Kita sign Rodney (Celvin Akwensivie) dan Akmal Zahir juga melibatkan yuran perpindahan yang besar. Kita tak sign depa free.
"Kalau nak kurangkan kos, kenapa setiap tahun di pertengahan musim mesti ada pertukaran pemain import?" soalnya menerusi laman Facebook.
2. Peminat tak bagi masa?
Pada masa sama, Lazar Fauzanović hairan apabila Aidil menganggap seolah-olah tidak diberi cukup masa untuk mengemudi Kedah dengan lebih baik, setelah empat tahun diberi peluang.
Pada tahun pertama, jelasnya, Kedah membawa masuk Fernando Rodriguez, Jonathan Bauman dan Anmar Al-Mubaraki.
Namun, katanya, Anmar tidak dikekalkan, sebaliknya pasukan itu membawa masuk Edgar Bernhardt.
Pada tahun kedua, katanya, Aidil pula membawa masuk Kpah Sherman, Tchetche Kipre serta Amin Nazari.
"Tahun ketiga, Aidil berjaya kekalkan key players dia iaitu Kpah dah Kipre. Tapi dia bawa masuk lagi set import baharu iaitu Anumathan Kumar dan Rabih Ataya.
Rozaimi (dua dari kiri) antara pemain Kedah yang dibawa masuk pada musim lepas. — Facebook/KDA FC
"Ramai juga pemain baharu yang masuk untuk musim lepas, dia bawak masuk Fandi Othman, Asnan Ahmad, Rozaimi Abd Rahman, Syazwan Tajudin, Ariff Farhan dan ramai lagi.
"Tahun tahun Aidil ada tiga set pasukan yang berbeza. Masuk tahun keempat sekali lagi buat rombakan team dan reset team baharu," katanya.
3. Tak bagi peluang kepada pemain muda?
Mengulas lanjut, Lazar Fauzanović mendakwa, peminat Kedah tidak marahkan pemain muda kerana trend di Kedah memang terkenal untuk menampilkan permata baharu dalam bola sepak.
Namun, katanya, trend itu berubah sejak Aidil menerajui Kedah pada 2019.
"Hanya Fayadh Zulkifli dan Fadzrul Danel pemain muda yang dapat peluang. Itu pun bukan sebagai pemain regular.
"Tahun ni Aidil terpaksa guna pemain muda kerana kekurangan dana, tak mewah seperti tahun sebelumnya dan menjadikan alasan dia guna pemain muda pula tahun ni.
"Kalau betul Aidil serius untuk bangunkan bakat muda di Kedah, kenapa tak mulakan pada 2019 lagi? Kenapa dah terdesak baru nak korbankan pemain muda seperti sekarang?" soalnya lagi.
4. Tak cukup bajet, tapi salin import
Tambahnya, dia tidak mengetahui sama ada alasan bajet rendah yang diutarakan hanya sekadar alasan atau fakta.
Suk-won (kanan) antara pemain yang membatalkan kontrak bersama Kedah. — Facebook/KDA FC
Secara tidak sedar, katanya, musim ini Kedah terpaksa membatalkan dua kontrak pemain import iaitu Jang Suk-won dan Dennis Buschening.
"Tahukah anda, batalkan kontrak pun kena keluarkan duit tau. Aku tak rasa ini boleh dijadikan alasan kuat. Sebab memang dari dulu lagi Kedah ni bukan team yang ada bajet besar. Satu Malaysia tahu, Kedah ni bukan negeri kaya.
"Sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ni sahaja yang nampak Kedah belanja besar untuk bawa masuk pemain baru tempatan dan import. Sebelum ni kita guna mana ada saja.
"Import pun kita tak pernah lagi sign pemain berprofil tinggi seperti Kpah, Kipre dan Rabih.
"Team Tan Cheng Hoe pada tahun 2015 bajet lebih rendah dari hari ini. Team muda dan mentah tapi kita berjaya ke final Piala Malaysia serta kembali ke Liga Super," katanya.
5. Alasan dan terus cipta alasan
Mengulas lanjut, Lazar Fauzanović mendakwa, Kedah bukanlah pasukan kaya seperti Selangor FC dan Johor Darul Takzim (JDT), sebaliknya pasukan itu sejak azali hanya bersaing dengan sumber yang ada.
Namun, trend itu berubah sejak 2019, yang mana Kedah bukan lagi pasukan yang berbajet kecil.
Sebagai bukti, katanya, Kedah menduduki antara lima teratas dalam Liga Malaysia yang berbelanja besar pada tahun ini.
"Datang mananya bajet rendah? Dan sejak bila Kedah ni team belanja besar? Yup, sejak zaman dia la. Lepas tu dah tak ada duit, menggelupur.
"Kalau PJ (Petaling Jaya) City FC tu logik la team bajet rendah. Tak guna import pun kita tahu DNA mereka jelas.
"Pep Temasek? Tak tahu nak main macam mana, tiga tahun main direct football, tiba-tiba tahun ni nak tukar sistem.
"Tak kan nak bangga dengan pencapaian Juara AFC peringkat Asean (yang tak bawak balik piala pun) ja kot," katanya sinis. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram