Terengganu gagal hapus badi, Sang Penyu 'lemas' di Paroi


  • Podium
  • Rabu, 27 Jul 2022

Sebahagian daripada aksi pertemuan antara TFC dan NSFC. — Facebook/MFL

TERENGGANU FC (TFC) nampak masih gagal mengakhiri badi meraih kemenangan di tempat lawan apabila tewas 0-2 ke atas Negeri Sembilan (NSFC) di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan pada Rabu.

Menerusi lima perlawanan di tempat lawan, TFC hanya menang sekali sahaja ke atas Sarawak United dengan jaringan 2-0 pada 17 April lalu.

Empat lagi perlawanan menentang Petaling Jaya City, Johor Darul Takzim, Penang FC dan Sabah FC menyaksikan pasukan itu tewas.

Malah, TFC juga gagal merekodkan kemenangan sewaktu bertandang buat kali terakhir di stadium sama pada 2019 selepas kalah 2-3.

294876961_7723046957767742_1195581741424183523_n

Aksi dua pemain TFC dan NSFC di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan. — Facebook/MFL

Seakan membalas dendam selepas disingkirkan TFC seawal pusingan pertama Piala FA, NSFC bermain dengan laju untuk memburu jaringan pertama.

Hasilnya, skuad kendalian K Devan itu berjaya menghasilkan gol pertama oleh penyerang dari Palestin, Yashir Pinto pada minit ke 17.

Yashir Pinto berada di kedudukan yang tepat untuk menjaringkan gol selepas sepakan daripada pemain pertahanan NSFC, Che Rashid Che Halim terkena kaki pertahanan TFC sebelum terbias menuju ke arah Pinto.

Tidak menunggu lama, TFC kemudian mula melakukan asakan bertali arus sehingga berjaya meraih gol penyamaan menerusi penyerang mereka, Tchetche Kipre selang dua minit selepas itu.

294876961_7723047124434392_8225718506140967884_n

TFC gagal menamatkan badi kekalahan di tempat lawan. — Facebook/MFL

Memasuki separuh masa kedua, Negeri Sembilan FC memperoleh gol kedua menerusi Gustavo Almeira pada minit ke 52.

Gol tersebut berpunca daripada lambungan pemain NSFC, Che Rashid terus ke kotak penalti namun gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol TFC, Rahadiazli.

Bola yang muntah dari tangkapan itu akhirnya disambar dengan cepat oleh Gustavo yang akhirnya menembusi gawang TFC.

TFC kemudian cuba melakukan asakan bertali arus ke arah pintu lawan terutamaya di minit akhir perlawanan namun gagal mengutip sekurang-kurangnya satu mata.

Kemenangan NSFC ini menjadikan skuad Jang Hobin kekal di tangga ketiga Liga Super manakala TFC kekal di tangga kelapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram