Lelaki rogol OKU, beri wang RM1.49 sebagai 'upah'


  • Benua
  • Rabu, 27 Jul 2022

Suspek (tengah) ditahan pihak berkuasa di rumahnya pada 23 Julai lalu. — Agensi

SEORANG lelaki berusia 51 tahun ditahan polis selepas disyaki merogol seorang wanita yang juga golongan orang kurang upaya (OKU) lembam berusia 31 tahun.

Ketua Polis Probolinggu Kota, Wadi Sa'bani berkata, kejadian dipercayai berlaku pada 24 Jun lalu di Jawa Timur, Indonesia dan satu laporan telah dibuat pada keesokannya.

"Hasil keterangan daripada ibu mangsa, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari. Jiran mangsa memaklumkan kepada ibunya yang lelaki itu sering mengajak mangsa masuk ke rumahnya.

"Ibu mangsa kemudian telah bertanya kepadanya dan kesemua perbuatan suspek telah diceritakannya," katanya.

Menurut Wadi, modus operandi yang dilakukan suspek dengan memaksa mangsa masuk ke rumahnya dan meminta dia membuka seluar.

Jelasnya, suspek kemudian merogol mangsa dan memberinya wang berjumlah sebanyak 5,000 rupiah (RM1.49) sebagai upah.

"Selepas kita berjaya mengumpulkan kesemua bukti, suspek telah ditahan pada 23 Julai lalu di rumahnya," katanya.

Tambahnya, suspek akan didakwa di mahkamah dan jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara 12 tahun kerana menganiaya golongan OKU. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram