KHABAR gembira buat rakyat Malaysia, kini Grab Malaysia menawarkan bonus apabila anda daftar dan mula memandu sebagai pemandu Grab.
Bonus tersebut sebagai tambahan potensi pendapatan (sehingga RM32/jam) dan subsidi yang disediakan oleh pihak Grab, termasuk bayaran balik sehingga 100 peratus untuk kos-kos bagi mendapatkan lesen PSV (‘Public Service Vehicle’) di seluruh negara!
Walaupun kempen bonus RM1,000 itu sepatutnya tamat pada 31 Julai 2022, tapi baru-baru ini Grab Malaysia bersetuju untuk melanjutkan kempen tersebut sehingga 31 Ogos 2022.
Jika anda masih ragu-ragu sama ada bonus ini bernilai atau tidak, Grab Malaysia juga mempunyai pelbagai jenis faedah lain yang boleh diperolehi apabila mendaftar sebagai rakan pemandu Grab melalui program GrabBenefits.
Melalui GrabBenefits anda akan mendapat manfaat daripada segi perlindungan jika berlaku kemalangan, keselamatan sosial, keselesaan kewangan, penjagaan kos operasi dan yang paling penting anda akan mendapat ilmu bagi meningkatkan kemahiran diri!
Berikut adalah tiga senarai manfaat utama GrabBenefits yang tersedia untuk memberi anda lebih keyakinan bersama Grab:
Melalui GrabBenefits anda akan mendapat manfaat daripada segi perlindungan jika berlaku kemalangan keselamatan sosial, keselesaan kewangan dan penjagaan kos operasi.
1. Perlindungan
Grab menyediakan perlindungan kemalangan peribadi percuma atau bercaj untuk anda dan ahli keluarga anda yang mana kemudahan mencarum KWSP (tambahan 10 peratus oleh Grab bagi yang layak) dan PERKESO.
Dengan Grab anda dapat berjimat daripada segi kos harian.
2. Penjimatan
Bersama Grab anda dapat berjimat daripada segi kos harian dengan diskaun untuk petrol, barangan keperluan, pembaikan kereta dan banyak lagi! Guna Shop Now, Pay Later (Beli Dahulu, Bayar Kemudian) untuk lebih fleksibiliti dan yang paling penting kos lesen PSV yang dikenakan ke atas pemandu e-hailing ditaja sepenuhnya oleh Grab.
Bersama Grab anda akan mendapat ilmu bagi meningkatkan kemahiran diri!
3. Akademi
Grab juga menawarkan ilmu bagi meningkatkan kemahiran diri anda menerusi kursus-kursus seperti latihan celik digital (Microsoft), latihan celik kewangan (Standard Chartered) dan banyak lagi secara percuma.
Jadi rakyat Malaysia apa ditunggu lagi, jom beramai-ramai rebut peluang mendaftar sebagai rakan kongsi pemandu bersama Grab Malaysia untuk mendapatkan bonus sehingga RM1,000 apabila anda daftar dan mula memandu!.
Jika anda masih tidak yakin, inilah yang kami dapati hasil temubual bersama pemandu Grab.
"Dulu sebelum join Grab ada sahaja mulut-mulut orang bercakap kalau jadi pemandu e-hailing ini tak ada masa depan selepas itu kalau ada apa-apa kemalangan semuanya tanggung sendiri.
"Tapi selepas saya sendiri mencuba nasib sebagai Grab Driver sebenarnya semua itu tidak betul, Grab menyediakan insurans untuk pemandu dan mereka memudahkan urusan KWSP jika anda ingin membuat simpanan.
"Sejak saya menyertai Grab, saya boleh mendapat pendapatan bulanan kira-kira RM3,000 sehingga RM7,000 sebulan dengan tiada tekanan bekerja dan mempunyai masa seimbang bersama keluarga dan diri sendiri," kata Muhammad Azim Azman, 25, yang sudah menjadi pemandu Grab selama 3 tahun.
Untuk menjadi pemandu Grab, berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1. Daftar sebagai pemandu Grab di sini.
2. Lengkapkan latihan dalam talian dan pengesahan bersemuka.
3. Dapatkan Lesen PSV anda.
4. Dapatkan Permit Kenderaan e-hailing (EVP) anda daripada Grab dan mula memandu.
5. Lengkapkan 30 perjalanan (e-Hailing) dalam masa 30 hari dari tarikh akaun aktif untuk dapat bonus RM 500 ATAU 60 perjalanan (e-Hailing) dalam masa 30 hari dari tarikh akaun aktif untuk dapat bonus RM 1,000.
Untuk maklumat lanjut mengenai bonus layari sini dan mulakan proses pendaftaran online dengan mudah. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram