MENJADI seorang yang terlibat dengan apa sahaja sukan, perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah mengenai kecergasan.
Tidak kisah sama ada kecergasan itu melibatkan pemain mahupun jurulatih.
Namun, seorang pengguna Facebook, Pahang Is Dead menegur penampilan jurulatih bola sepak tempatan seolah-olah tidak menjaga kecergasan fizikal masing-masing.
"Macam mana jadi jurulatih bola sepak tapi badan tak jaga. Lepas itu ada hati nak ajar orang main bola.
"Pemain gelak sahaja, mesti dalam hati pemain itu cakap, badan sendiri tak fit, ada hati nak ajar kita main bola
"Tengok jurulatih Kedah, langsung tak jaga badan. Tak ada ciri jurulatih bola sepak. Jurulatih Selangor lagi sedih, macam orang sakit kronik," katanya.
Menurutnya lagi, antara jurulatih yang mempunyai fizikal yang baik adalah dari kelab Johor Darul Takzim (JDT).
"Jurulatih JDT juga mantap, sebab itu JDT bagus sebab pemain dia pun semangat tengok jurulatih sama fit macam pemain juga.
"Salah satu sebab JDT sentiasa bagus adalah kerana semua benda ini dijaga dengan rapi. Sampai ke jurulatih kena jaga fitness macam pemain juga," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram