Kerusi urut OGAWA ganjaran buat insan tersayang


  • Bizz
  • Sabtu, 16 Jul 2022

Boon Hong bersama pemenang-pemenang kempen kolaborasi antara OGAWA dengan Majoriti. Turut kelihatan Eng Lee (dua kanan).

SENYUMAN gembira kelihatan pada wajah pemenang-pemenang peraduan yang dianjurkan oleh syarikat Health Lifestyle, OGAWA Malaysia dengan kerjasama portal kian meningkat naik, Majoriti.

Tiga peraduan yang dianjurkan adalah Peraduan Luahan Hati kepada Ibu Tercinta (28 April - 15 Mei), Peraduan Rilek Raya bersama Majoriti (15 Mac - 31 Mei) dan kempen terakhir ialah Peraduan Lawak Bapak-Bapak sempena Hari Bapa yang dilaksanakan pada 7 hingga 20 Jun 2022.

Bagi pemenang Peraduan Luahan Hati kepada Ibu Tercinta, Nur Athirah Rohim berkata, kerusi urut yang dimenanginya itu adalah sebagai ganjaran untuk dirinya dan keluarganya setelah seharian bekerja.

ogawa 8

Pemenang Peraduan Luahan Hati kepada Ibu Tercinta, Nur Athirah Rohim.

"Kerusi urut ni untuk kegunaan keluarga di rumah. Saya pernah fikir untuk membeli semas mengandungkn anak ke-2.

"Saya sebenarnya bekerja juga, Jadi balik kerja tu memang penat sampai sakit badan. Jadi sebelum ini minta bantuan suami untuk tolong urut, kini rezeki ikuti peraduan boleh pula menang kerusi urut," katanya kepada Majoriti selepas majlis penyampaian hadiah peraduan berkenaan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ameer Arafat Suriani berkata, kerusi urut yang dimenanginya itu adalah sebagai alat bantuan serta sekali gus menjadi hadiah untuk ayahnya yang sering mengadu sakit dan mempunyai darah tinggi.

"Kerusi urut untuk ayah. Dah niat jika menang nak bagi ayah. Kerusi urut ini beri kelebihan kerana dia selalu mengadu sakit urut dan sakit kaki. Nasib baik nampak pertandingan ini dari Instagram Majoriti," katanya yang memenangi Peraduan Lawak Bapak-Bapak.

ogawa 3

Ameer Arafat Suriani, pemenang Peraduan Lawak Bapak-Bapak.

Sementara itu, pemenang Peraduan Rileks Raya, Nur Farihah Aminuddin pula diwakilkan oleh adiknya, Nurfatiha berasa sangat terkejut kerana tidak pernah menyangka kakaknya menyertai sebuah peraduan dan bertuah untuk memenangi kerusi urut.

"Kakak saya tak sangka dia subscribe sebab dia memang minat dengan Majoriti. Lepas itu dia memang tidak terfikir pun nak menang ke apa-apa. Jadi dia memang terkejutlah.

"Kerusi urut ini nak bagi untuk keluarga. Memang yang akan guna kerusi urut adalah ibu ayah. Ibu bapa saya memang selalu sakit. Sakit lutut macam itulah. Jadi kerusi ini memang berguna untuk seisi keluarga," ujarnya.

ogawa 1

Pemenang Peraduan Rileks Raya, Nur Farihah Aminuddin pula diwakilkan oleh adiknya, Nurfatiha.

Sementara itu, kesemua pemenang berasakan kolaborasi antara syarikat kesihatan dengan sebuah portal berita adalah sesuatu yang baharu dan sebenarnya memberi banyak kebaikan buat pengguna OGAWA sendiri.

Majlis penyampaian hadiah itu diadakan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya, Selangor dan disampaikan oleh Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong serta dihadiri Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram