MENGIMBAS kembali saat dunia dilanda pandemik Covid-19, ramai individu sama ada golongan muda mahupun tua dilaporkan mengalami tekanan yang melampau.
Rentetan tekanan yang dialami dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia, syarikat Healthy World Lifestyle Sdn Bhd (OGAWA Malaysia) tampil mengeluarkan produk terbaharu mereka untuk membantu menjaga kesihatan orang ramai.
Kerusi urut VPresto yang dilancarkan pada Hari Ibu, Mei lalu itu bertujuan untuk membantu orang menjalani kehidupan lebih selesa dengan terapi muzik yang dikuasakan oleh rentak binaural.
Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong berkata, rentak binaural itu berfungsi untuk membantu mengurangkan tekanan pengguna dan kebimbangan melampau (anxiety) serta meningkatkan tumpuan mereka.
Timbalan Pengarah OGAWA Malaysia, Leong Boon Hong.
"Gabungan terapi muzik dengan rentak binaural dan teknik urutan ini membantu mengurangkan tekanan orang. Malah kerusi urut VPresto ini juga hadir dengan pelbagai program pilihan.
"Apabila menggunakan kerusi urut VPresto ini, ia akan meningkatkan tumpuan, konsentrasi dan motivasi. Untuk pengetahuan, ia dibuktikan dengan kajian sains.
"Malah, rentak binaural ini juga membantu pengguna mendapatkan tidur yang lebih lena kerana terapi muzik dengan rentak binaural yang ada dalam kerusi urut ini," katanya kepada Majoriti selepas ditemui pada majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang kempen kolaborasi antara OGAWA dengan Majoriti.
Majlis penyampaian hadiah itu diadakan di Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya Selangor dan hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Boon Hong sendiri serta dihadiri Ketua Produk Majoriti, Chung Eng Lee.
Boon Hong berkata, kerusi urut VPresto itu dicipta sememangnya untuk memberi manfaat kepada orang ramai dan pastinya semua orang memerlukan produk itu sebagai bantuan.
Selain rentak binaural, manfaat lain yang ada pada kerusi urut VPresto ialah urutan akupunktur tapak tangan untuk membantu melegakan kesakitan, memberikan keseimbangan dan meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh.
Kerusi urut VPresto juga dilengkapi dengan tiga kali ganda urutan XS+L Trek iaitu membantu mengurut dengan teliti terutamanya di kawasan penting seperti leher, belakang, tulang ekor dan pinggul.
Berbicara mengenai kolaborasi OGAWA dengan portal yang semakin dikenali ramai, Majoriti, Boon Hong berkata, ia sangat memberi kebaikan kepada kedua pihak.
"Ia memberi kebaikan kepada kedua pihak. OGAWA sebagai jenama yang dipercayai dan Majoriti sebagai media yang boleh menjadi medium untuk menghantar mesej kepada pelanggan.
"Kolaborasi dengan Majoriti ini membolehkan kami mendapat pelbagai pelanggan ataupun pihak daripada pelbagai demografi," ujarnya.
Setakat ini, Majoriti dan OGAWA menjalankan tiga kempen bersama iaitu Peraduan Rileks Raya, Peraduan Luahan Hari Ibu dan Peraduan Lawak Bapak-Bapak.
Boon Hong bersama pemenang-pemenang kempen kolaborasi antara OGAWA dengan Majoriti. Turut kelihatan Eng Lee (dua kanan).
Dalam pada itu, bagi OGAWA pelanggan merupakan duta mereka kerana pujian dan manfaat yang disampaikan dari pengguna adalah menggambarkan kualiti produk keluaran syarikat berkenaan.
Malah, berita gembira buat pengguna setia OGAWA, syarikat OGAWA Malaysia dalam perancangan untuk mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan baharu dan terkini syarikat itu akan menaiktaraf cawangan mereka di pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram