
SEBELUM ini ramai yang terkejut dengan kemasukan bekas pemain Sabah FC, Levy Madinda ke pasukan Johor Darul Takzim (JDT).
Tidak dinafikan, Madinda mempunyai corak permainan yang cukup baik tetapi gagal menyinar ketika di Sabah FC disebabkan beberapa faktor terutamanya melibatkan kecergasan.
Selepas Madinda, JDT membawa masuk pula Junior Eldstal dan kemasukan dua pemain ini berkemungkinan akan memperlihatkan rombakan bagi skuad JDT II.
Eldstal dijangka beraksi bersama JDT II bersama dengan rakan segandingannya, Carli De Murga bagi memperkukuhkan bahagian pertahanan.
Sebahagian daripada pemain dalam JDT II yang beraksi di Liga Premier. — Facebook/Johor Southern Tigers
Ini kerana Jordi Amat sudah berstatus kuota import Asean dan akan digandingkan dengan Shane Lowry yang merupakan pemain import kuota Asia dan mereka akan mengemudi di bahagian tengah skuad JDT.
Peranan Madinda pula sebenarnya adalah untuk menggantikan Bienvenido Maranon yang sebelum ini bersama JDT kerana pemain dari Gabon itu adalah seorang pemain di bahagian tengah menyerang.
Namun, JDT II masih mempunyai Fernando Rodriguez di bahagian serangan.
Maranon sepatutnya menjadi pengganti Bergson di bahagian serangan namun pemain itu dilihat gagal memberi impak yang diharapkan.
Pasukan JDT berkemungkinan mahu skuad mereka di JDT II bergelar juara Liga Premier dan semestinya beberapa pertukaran pemain akan dilakukan.
Aksi Moussa Sidebe bersama skuad JDT II. — Facebook/Johor Southern Tigers
Kalau dilihat dalam senarai pemain skuad JDT II, buat masa ini mereka hanya mempunyai Rodriguez Moussa Sidebe sebagai pemain import.
Setakat ini, dengan kekuatan sedia ada JDT II, pasukan itu kini berada di tangga ketiga dan hanya berbeza satu mata sahaja dengan juara liga.
Kekuatan itu sudah ada dan jika ditambah sedikit tenaga baharu pasti peluang JDT II untuk merangkul kejuaraan Liga Premier dapat dicapai.
Ditambah pula dengan lambakan pemain hebat di skuad JDT, pastinya akan ada pemain yang dibawa masuk untuk mengimbangi kekuatan dalam JDT II. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram