Guru pencak silat cabul anak murid dalam tandas


  • Benua
  • Isnin, 11 Jul 2022

Jurulatih pencak silat, Rizki yang disyaki mencabul anak muridnya sedang disoal siasat Polis Pasuruan. — AGENSI

POLIS Jawa Timur, menahan seorang guru pencak silat bernama Rizki Rusdi Aziz, 26, kerana didakwa melakukan gangguan seksual kepada salah seorang pelajarnya.

Dia ditahan kerana didakwa melakukan gangguan seksual kepada salah seorang pelajarnya yang di bawah umur.

Ketua Unit Penjenayah dan Siasatan Polis Pasuruan, Adhi Putranto Utomo berkata, selepas diganggu jurulatihnya, mangsa segera melaporkannya kepada Polis Purwodadi pada pukul 6 petang dan suspek ditangkap pada pukul 8 malam hari yang sama.

Menurut Adhi, dakwaan mencabul itu berlaku ketika berlansungnya aktiviti kokurikulum di persekitaran sekolah.

"Suspek menggunakan modus operandi meminta mangsa menanggalkan seluar dalam ke bilik air sekolah.

"Oleh kerana suspek adalah jurulatih mangsa, dia terpaksa akur dan menurut permintaan suspek. Tanpa disangka, penjenayah mengekori mangsa secara curi-curi ke bilik air dan suspek tiba-tiba masuk ketika mangsa menanggalkan semua seluar dalamnya di dalam bilik air," katanya.

Setelah mencabul mangsa di dalam bilik air, suspek selepas itu meminta mangsa memakai semula pakaiannya.

“Selepas melakukan perbuatan lucah itu, pelaku meminta mangsa memakai semula pakaiannya, dan mengarahkan mangsa kembali berlatih tanpa rasa bersalah,” jelasnya.

Berdasarkan hasil siasatan polis, kejadian itu bukan kali pertama suspek mencabul pelajarnya sebaliknya telah dua kali terjadi dengan melibatkan dua mangsa berbeza.

Adhi berkata, tindakannya dilakukan pada masa yang berbeza dalam tempoh seminggu.

Polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti identiti mangsa kedua, selain menyiasat kemungkinan pelajar lain turut menjadi mangsa.

“Bagi kes mangsa kedua, suspek mengaku melakukan perbuatan keji itu dengan berpura-pura memperbetulkan gerakan silat pelajar tersebut,” kata Adhi. — AGENSI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram