Yusri Che Lah: Bertahan atau bertukar?


  • Podium
  • Selasa, 05 Jul 2022

Kemampuan Yusri Che Lah (tiga dari kanan) selaku Ketua Jurulatih Perak FC mula jadi buah mulut penyokong. — Facebook/Perak Football Club

KALAU nak dikategorikan pasukan yang melalui jalan paling berliku dalam saingan liga kali ini, rasanya bolehlah diserahkan kepada pasukan Perak FC.

Bermula daripada kemelut kewangan yang hampir menyaksikan Perak FC terkeluar daripada saingan liga atau bahasa kerasnya, terkubur sebagai kelab yang mempunyai sejarah 100 tahun penubuhannya.

Ketika itu, skuad The Bos Gaurus bermain tanpa gaji dan hanya berbekalkan semangat sahaja. Ketika itu, ramai penyokong berdiri teguh di belakang pasukan apatah lagi dengan pengorbanan Ketua Jurulatih, Yusri Che Lah untuk memilih kekal setia memimpin anak buahnya.

Satu demi satu tawaran mula dikaitkan dengan pengambilalihan Perak FC tetapi tiada satu yang benar-benar 'lekat' dan mampu menyelamatkan kelab Seladang itu.

Sehingganya munculnya syarikat telekomunikasi XOX tampil membantu menyelesaikan kemelut kewangan dan memberi nafas baharu buat Perak FC menyusun semula pengurusan kelab, sekali gus mengambil pemain import baharu.

Namun, kini pasukan Perak FC mula mendapat kritikan penyokong disebabkan prestasi yang tidak konsisten walaupun sudah mendapat suntikan kewangan yang mencukupi.

Nama Yusri juga disebut-sebut penyokong sebagai antara individu yang perlu diganti disebabkan prestasi merudum pasukan.

Berikut adalah lima sebab mengapa nama Yusri dipetik untuk keluar daripada pasukan Perak FC.

Yusri Che Lah's side have been defeated in all their matches.

Kemampuan Yusri Che Lah mula jadi pertikaian penyokong Perak FC.

1) Taktikal YCL lemah, tiada pengalaman

Mengikut rekod dalam lima perlawanan terakhir Perak FC di Liga Premier, pasukan itu hanya mencatatkan dua kemenangan dan tiga kekalahan.

Disebabkan itu, ada yang beranggapan bahawa taktikal yang digunakan Yusri ibarat sudah boleh dibaca oleh pasukan lain.

Tidak dinafikan, kekalahan sewaktu bertemu PDRM pada Ahad lalu adalah disebabkan pasukan lawan yang diakui cukup hebat.

Namun, menilai permainan Perak FC, pemain seolah-olah tidak faham dengan corak permainan yang diatur oleh Yusri.

Malah, persefahaman antara pemain dalam pasukan juga dilihat sangat lemah hingga sering melakukan kesilapan mudah.

291787491_156548383589165_5388857825572663175_n

Kesebelasan utama skuad Perak FC. — Facebook/Perak Football Club

2) Perlu perubahan drastik sebelum tamat liga

Baki permainan dalam Liga Premier hanya tinggal tujuh perlawanan dan ini menunjukkan yang masa semakin suntuk buat Perak FC.

Rekod lima perlawanan sebelum ini sepatutnya sudah sepatutnya menjadi penanda aras buat Perak FC untuk membuat keputusan memilih ketua jurulatih baharu atau sebaliknya.

Sebelum ini, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengatakan akan berlaku rombakan di mana tiada lagi Liga Premier pada musim depan dan 18 pasukan akan bertanding.

Namun, jika dikira, terdapat 22 pasukan keseluruhan dalam Liga Super dan Premier dan ini bermakna terdapat empat pasukan yang akan dipilih bermain di Liga M3.

Perak FC kini menduduki tangga tercorot dalam liga tanpa sebarang mata dan jika tiada perubahan dilakukan, berkemungkinan pasukan itu akan tersingkir terus ke Liga M3.

LIGA_PREMIER_1563683181

Yusri Che Lah (dua dari kanan) sebelum ini pernah disingkirkan daripada pasukan Kelantan. — Bernama

3) Rekod bersama pasukan lain

Jika dilihat luahan penyokong Perak FC di media sosial, ramai yang mempertikai kemampuan Yusri untuk mengemudi Perak FC.

Pada 2019, Yusri Che Lah mengumumkan meletak jawatan sebagai jurulatih Kuala Lumpur (KL).

Yusri membuat keputusan itu atas rasa tanggungjawab terhadap prestasi buruk KL yang tewas kesemua lima perlawanan awal mereka dalam Liga Super.

Bersama Kelantan FC pula selepas itu, Yusri juga telah ditamatkan kontrak susulan penstukturan semula pasukan itu pada 2020.

Yusri juga sebelum itu telah ditamatkan kontrak ketika mengemudi skuad Projek FAM-MSN walaupun masih berbaki setahun lagi.

Skuad itu menamatkan kempen saingan Liga Perdana 2021 ditangga tercorot dan hanya mencatatkan sekali kemenangan sahaja.

Firdaus-Saiyadi-sumbangan-FC-FB

Penyokong Perak FC tetap setia dan membantu pasukan kesayangan mereka sewaktu berdepan krisis kewangan. — Facebook/Perak Football Club

4) Penyokong mahukan perubahan

Satu ketika dahulu memang ramai penyokong yang bersimpati dengan pasukan Perak FC.

Tetapi dengan masalah kewangan yang sudah diselesaikan, penyokong sudah tidak mahu perkara yang lalu terus dijadikan alasan buat pasukan.

Malah, ada yang membandingkan pasukan kesayangan mereka dengan Sabah FC yang berjaya menempa semula kegemilangan mereka.

Malah, di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee, Sabah FC terus unggul berada dalam kelompok atas Liga Super.

Ramai yang bersetuju dengan perkara itu disebabkan strategi dan pilihan pemain yang dibuat Kim Swee.

1052149

Mehmet Durokovic, individu yang pernah membawa kegemilangan kepada pasukan Perak.

5) Cuba jurulatih luar negara

Mehmet Durokovic nama yang cukup sinonim dengan Perak FC dan pernah membawa pasukan itu meniti kegemilangan.

Jurulatih kelahiran Australia itu mempunyai rekod yang cukup cantik selepas membawa Perak muncul juara Piala Malaysia pada 2018.

Tidak mustahil jika Mehmet boleh dipanggil semula untuk mengemudi semula skuad Perak FC.

Sumber kewangan Perak FC yang kembali stabil, mungkin pasukan itu boleh mencuba jurulatih luar negara yang lain.

Jika mahukan keserasian segera, kekalkan Yusri sebagai pembantu jurulatih dan ambil pengemudi pasukan yang baharu dengan pengalaman yang lebih meyakinkan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram