SEORANG lelaki berusia 29 tahun yang menjadi buruan polis kerana membunuh kakak angkatnya ditahan pada pukul 1.20 petang, Ahad.
Suspek bernama Mariza ditahan ketika sedang menikmati bakso di sebuah gerai di Belo Laut, Muntok, Bangka Barat, Indonesia.
Mariza adalah suspek kes pembunuhan Sudarpis, 46 yang merupakan kakak angkatnya di Desa Air Ruay, Bangka Belitung pada 1 Mei lepas.
Dia juga ditahan kerana cubaan membunuh seorang lagi wanita yang juga kakak angkatnya bernama Sumiati, 55.
Kejadian berdarah di rumah teres itu bermula apabila Sudarpis dan Sumiati menegur suspek, namun nasihat tersebut mencetuskan kemarahan kepada suspek yang kemudian menyerang mereka dengan sebilah pisau.
Suspek kemudian melarikan diri dengan menggunakan motor milik Sumiati. Sudarpis meninggal dunia di tempat kejadian manakala Sumiati sempat dibawa ke hospital.
Suspek yang menghilangkan diri selama dua bulan dikesan berada di Belo Laut sebelum berjaya ditahan pada Ahad.
Suspek yang menghilangkan diri selama dua bulan dikesan berada di Belo Laut sebelum berjaya ditahan pada Ahad.
Dia dibawa ke lokasi tempat dia membuang pisau yang digunakan untuk menikam mangsa sebelum bahan bukti itu diserahkan ke Polis Bangka.
Laporan Tribunnews.com menyebut bahawa Mariza terfikir untuk melarikan diri ke Palembang dengan menaiki kapal namun membatalkan hasrat itu dan menuju ke Muntok.
Dia kemudian menukar warna dan nombor plat motosikal tersebut. Selain itu, dia sentiasa mengelak berada di tempat awam.
"Saya yang tikam tuan. Buang masa saya lari ke Muntok selama ini bersembunyi di sana," kata Mariza ketika ditahan. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram