Lagu rap khas buat Matdon selepas gagal sarung jersi Harimau Malaya


  • Podium
  • Ahad, 26 Jun 2022

Aksi Matdon (kiri) sebelum ini mendapat kritikan penyokong bola sepak tempatan. — Facebook/FAM

SEBELUM ini, pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi secara terbuka menyatakan kekecewaannya selepas gagal terpilih untuk beraksi bersama skuad negara.

Berusia 30 tahun, peluang untuk Liridon atau lebih dikenali dengan nama Matdon sebenarnya masih terbuka tetapi pemain itu perlu segera meningkatkan kemampuan diri untuk mendapat perhatian Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Terbaharu, muncul pula lagu daripada penyanyi HipHop dari Jerman, Davage yang berjudul Matdon dan difahamkan memang ditujukan khas buat pemain tersebut.

WhatsApp Image 2022-06-26 at 11.39.41 AM

Tangkap layar lagu dendangan Davage yang berjudul Matdon.

Sesuai dengan tajuknya, lagu tersebut didedikasikan buat Matdon yang dilihat turut membuat penampilan khas dalam muzik video tersebut yang kini mendapat lebih 10,000 tontonan.

Menerusi video klip tersebut, Matdon dipaparkan bersama ketika menyarung jersi skuad bola sepa kebangsaan.

Mungkin lagu ini menjadi penawar hati kepada Matdon yang gagal menempatkan diri bersama skuad Harimau Malaya dalam saingan kelayakan Piala Asia yang lalu.

Malah, lagu ini juga dirasakan sebagai pembakar semangat buat dirinya untuk terus mempamerkan aksi yang terbaik sekaligus melayakkan dirinya menyarung jersi Harimau Malaya.

Matdon sebelum ini beraksi bersama Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Johor Darul Takzim (JDT) sebelum dipinjamkan ke kelab India, Odisha FC sehingga 31 Mei lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram