RAMAI yang sudah sedia maklum akan kekuatan yang dimiliki oleh pasukan Johor Darul Takzim (JDT) baik di dalam Liga Super mahupun di peringkat kejohanan Asia.
Disebabkan kehebatan JDT itu jugalah munculnya segelintir haters yang sentiasa mempunyai rasa negatif terhadap skuad Harimau Selatan itu.
Namun, sentimen itu juga telah merebak kepada pemain-pemain muda pasukan JDT yang kini beraksi dalam Akademi JDT.
Perkara itu dibangkitkan seorang warganet menggunakan nama Perdana United yang berkata, pemain di Akademi JDT adalah produk untuk bola sepak negara.
"Kami di Johor memang faham, bukan mudah nak masuk Akademi JDT. Kena bersaing dengan pemain dari seluruh Semenanjung. Kena kerja keras untuk dapatkan tempat.
"Ingat semua dalam tu kad pengenalan 01 ke? Kenapa bila mereka main dekat luar, ada yang provoke teruk sangat? Mereka budak lagi. Tak boleh la disamakan dengan peringkat senior. Kesian budak-budak tu," katanya.
Pemain Akademi JDT memenangi Kejohanan Yakult Aidil Zaquan Cup 2022. — Facebook
Jelasnya, Akademi JDT boleh dianggap sama dengan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) yang bertujuan untuk mengumpulkan bakat terbaik demi masa depan bola sepak negara.
Ujarnya, budak-budak dalam dua akademi tersebut adalah aset besar negara. Bukan untuk Johor sahaja.
"Bayangkan kalau daripada dua akademi besar ni dapat lahirkan 10 orang Arif Aiman, 10 orang Luqman Hakim, 10 orang Safawi Rasid, 10 orang Syafiq Ahmad, 10 orang Akhyar Rashid, 10 orang Dion Cools dan 10 orang Corbin Ong.
"Kita semua yang untung nanti. Sebahagian boleh main dekat luar negara, sebahagian main dengan team utara, sebahagian main dengan team selatan, sebahagian main dengan team pantai timur. Jadi, meningkatlah kualiti bola sepak kita dalam masa tujuh ke lapan tahun lagi," katanya.
Tambahnya, penonton sepatutnya memberi sokongan kepada pasukan cilik supaya mereka dapat tunjukkan yang terbaik bila bermain di mana sahaja dan bukannya melakukan provokasi berdasarkan emosi. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram