Selepas 77 tahun, pilot dedah nasib 11 kru pesawat pengebom Amerika terhempas di Rembau


  • Relaks
  • Jumaat, 24 Jun 2022

Pesawat pengebom Amerika Syarikat terhempas di Rembau pada 11 Januari 1945 selepas diserang tentera Jepun. — Agensi

SELAMA bertahun-tahun, terdapat dakwaan bahawa Boeing B-29 Superfortress iaitu pesawat pengebom strategik yang menggugurkan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki terhempas di Negeri Sembilan ketika Perang Dunia Kedua.

Pesawat pengebom B-29 dengan nama Postville Express terhempas di Rembau pada 11 Januari 1945 selepas diserang tentera Jepun ketika dalam perjalanan pulang ke pangkalannya di Lapangan Terbang Kharagpur, India.

Ketika kejadian, anak kapal sedang menjalankan misi pengeboman menyerang pangkalan tentera laut King George VI, Singapura yang dikuasai Jepun.

Menurut laman web PacificWrecks, Mejar Donald Humphrey yang merupakan juruterbang Postville Express memberitahu, tiga daripada 11 anak kapalnya diisytiharkan hilang atau terbunuh sejurus selepas nahas itu.

Ketiga-tiga mereka ialah pembantu juruterbang, Leftenan Kolonel Robinson Billings; navigator (pemandu arah), Kapten CA Hansman dan penembak, Staf Sarjan RE Spratt.

Empat lagi anak kapal ditangkap tentera Jepun dan dibebaskan apabila Jepun menyerah kalah, manakala empat lagi berjaya mengelak daripada ditangkap dengan bantuan gerila tempatan British Malaya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram