Suami rentung, gagal selamatkan diri rumah hangus di Kg Kanchong Darat


  • 112
  • Jumaat, 24 Jun 2022

Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung dI sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, pada Khamis. — Bomba

MAYAT seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung di sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, Selangor pada Khamis.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran yang dipercayai mengorbankan lelaki berusia 66 tahun iaitu kira-kira 8.17 malam.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah seluas 40x50 kaki (12.19 x 15.24 meter) itu adalah sebanyak 80 peratus. Api berjaya dikawal oleh pihak bomba pada pukul 8.43 malam dan tiada mangsa terlibat dilaporkan setakat itu.

"Pada pukul 9.32 malam, kami telah menerima maklumat daripada isteri pemilik rumah memaklumkan suami beliau berada di rumah berkenaan sejak dari petang tadi. Setelah membuat pencarian pihak bomba menemui satu mayat lelaki rentung di bahagian belakang rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, warga emas itu dipercayai cuba keluar daripada rumah tersebut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

bomba, terbakar, warga emas, rentung, banting