Ada sebab tertentu Jordan Mintah tak 'naik pangkat'


  • Podium
  • Jumaat, 24 Jun 2022

(Dari kiri) Kipre Tchetche, Jordan Mintah dan Kpah Sherman.

PERPINDAHAN pemain Terengganu FC II, Jordan Mintah ke KL City FC membuatkan ada penyokong yang mempertikai keputusan pengurusan melepaskan penyerang berbisa itu.

Ada yang beranggapan bahawa daripada meminjamkan Mintah ke KL City FC, adalah lebih baik jika pemain Ghana itu dinaikkan ke pasukan utama TFC sekali gus beraksi di Liga Super.

Jordan-Mintah-Terengganu-FC-II-2021-nafuzi-zain

Jordan Mintah kini beraksi bersama KL City FC. — Facebook

Namun, bagi penyokong skuad Penyu, Amir Bai, dia merasakan ada sebab tertentu mengapa Mintah tidak dibawa beraksi bersama TFC.

"Corak pemainan Mintah tidak kena dengan taktikal Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain. Kpah Sherman dan Kipre Tchetche sebenarnya jauh lebih baik daripada Mintah.

"Seorang penyerang bukan sekadar mencari gol sahaja, sebaliknya membuka ruang dan mencari peluang. Mintah tidak boleh buat kerja ini.

"Boleh tengok balik penglibatan dia dalam aksi di Piala Malaysia tahun lalu. Bagi saya aksi dia agak mengecewakan walaupun dia ada menyumbatkan gol.

SHERMAN-KPAH

Kpah Sherman kini beraksi bersama KL City FC. — Facebook

"Kpah dan Kipre kalau tengok perlawanan TFC pada musim lalu cukup ketat dikawal pemain lawan. Tetapi masih boleh mencipta peluang dan membantu rakan sepasukan menjaringkan gol," katanya.

Turut bersetuju dengan pandangan tersebut ialah seorang lagi penyokong TFC, Denok Kutip yang berkata, hanya orang buta seni bola sepak sahaja yang memiliki pemikiran bahawa penyerang perlu menjaringkan gol.

Malah, dia turut mengambil contoh pemain di Liverpool, Roberto Firmino yang bukanlah seorang penjaring gol, tetapi mampu memberi tekanan kepada bahagian pertahanan pasukan lawan.

"Corak permainan Firmino itu kena dengan taktikal pengurus pasukan dan itu yang membuatkan dia kekal. Bila beritahu begini, risau ada pula yang cuba bandingkan Kipre dengan Firmino," katanya.

6407EB1C-FFA8-4B9F-B37F-07FDDC8B4AD8

Kipre Tchetche juga masih kekal bersama TFC. — Facebook

Untuk rekod, Mintah yang meledak 16 gol musim lalu dalam pentas Liga Perdana ketika bersama TFC II memulakan kempen musim ini dengan perlahan sebelum menemui sentuhan jaringan dengan koleksi tujuh gol dalam sembilan perlawanan dan membantu TFC II menduduki tangga ketiga liga setakat ini.

Terdahulu tersebar perbualan melalui aplikasi WhatsApp penyerang itu dengan Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, tapi yang berlaku adalah sebaliknya apabila dia memilih untuk bersama skuad bimbingan Bojan Hodak.

Sehinggalah pada Rabu, Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn Bhd, Ab Rasid mengesahkan, kelabnya untuk memutuskan untuk melepaskan Mintah kepada skuad The City Boys secara pinjaman sehingga tamat musim ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram