
MUAK berkali-kali diabaikan berhubung keadaan unit kediaman yang semakin merosot, kira-kira 40 penduduk Skim Perumahan Rakyat (PPR) Seri Aman di Kepong, Selangor mengadakan bantahan di luar pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada pagi Khamis (23 Jun).
Tindakan itu bertujuan untuk menuntut supaya unit mereka dibaiki oleh kontraktor yang berwibawa.
Penduduk berdiri di luar bangunan di Jalan Raja Laut sambil memegang sepanduk dan gambar unit dengan kenyataan;"Kami mahukan rumah yang lebih baik".
Kebanyakannya merupakan bekas penduduk setinggan dari rumah panjang Jinjang Utara berpindah ke unit itu pada 2017 sebelum pelbagai kerosakan seperti keretakan, resapan air, kebocoran dan permukaan bercendawan semakin teruk.
Sebilangannya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk membaiki kerosakan, namun masalah tersebut tetap berterusan.
"Sejak 2018, saya menerima aduan daripada pemilik unit mengenai kebocoran air. Jumlah aduan terus meningkat dan berkembang sehingga kami mempunyai lebih 500 aduan sejak tiga tahun lalu.
"Kontraktor dihantar oleh DBKL untuk melihat beberapa unit, tetapi tiada siapa yang dapat menyelesaikan masalah itu malah memberitahu kami apa yang berlaku dan kecacatan semakin teruk.
"DBKL akan menghantar konrtraktor, tetapi kami tidak tahu apa yagn mereka lakukan," kata pengerusi Persatuan Penduduk, Mohamed Nawaz Koya.
Ahli Parlimen Batu P.Prabakaran membangkitkan perkara itu di Parlimen tahun lalu, tetapi tidak mendapat sebarang maklum balas daripada Menteri Wilayah Perseketuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.
"Kami hanya mahu mereka menyelesaikan masalah itu. Dapatkan kontraktor bertauliah yang tahu apa yang mereka lakukan.
"Unit saya bocor. Unit jiran atas saya bocor dan unit jiran sebelah saya bocor. Ini bukan kes terpencil, ia adalah sesuatu yang serius. Jadi betulkan," ujar penduduk, Roslan Bidin.
Sebanyak empat blok berjumlah 1,600 unit PPR dibina dengan kos RM215 juta oleh pemaju yang dilantik oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Bimbang selepas mengetahui situasi terbabit, American Concrete Institute-Malaysia Chapter (ACI-MY) dipilih sebagai ahli jawatankuasa bebas di bawah bidang kuasa Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (HBA) melawat PPR dan berkongsi penemuannya mengenai isu itu.
Ia menyimpulkan bahawa kebocoran atau pencerobohan air menunjukkan bahawa struktur berada dalam kesusahan dan terdapat keperluan untuk mengetahui puncanya supaya tindakan pembetulan boleh diambil. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram