Peminat Kedah sejak kecil suara kebimbangan pengurusan Sang Kenari


  • Podium
  • Khamis, 23 Jun 2022

Kedah kini bersaing dalam kempen AFC di Indonesia.

DRAMA 'panas' antara Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dengan pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Ibrahim berkaitan isu penetapan gaji tinggi bagai tiada kesudahan.

Perkara itu lantas menarik perhatian penyokong skuad Sang Kenari yang mendesak agar pihak pengurusan lebih serius menangani isu dalaman pasukan terutamanya soal kebajikan pemain.

Untitled design

Apakah kesudahan di antara Muhammad Sanusi Md Nor dengan Tunku Ismail Ibrahim bagi soal bayaran gaji pemain.

Khabar angin tentang masalah tunggakan gaji dalam pasukan menjadi antara kontroversi yang hangat dibincang sekali gus memperlihatkan kelemahan pucuk pimpinan apabila perkara tersebut masih berbangkit.

Rata-rata warganet menasihatkan agar perkara sebegitu perlu diatasi dengan cara berhemah bagi mengelakkan berlakunya permasalahan akan datang.

"Sebagai peminat Kedah sejak kecil, aku mengharapkan media-media ini bagi tekanan lagi Kedah ni bagi pengurusan buka mata. Pemain-pemain nampak tak ada hati nak main ni. Dah berapa perlawanan macam ini. Mesti ada yang tidak kena," kata Mohd Fazreen Jasni.

"Niat lawan Melaka tu sekat dulu gaji-gaji player ini, tunggu masa lawan JDT baru bayar semua gaji pemain-pemain. Baru boleh memang lawan JDT. Strategi ini, cuma Melaka saja yang tidak lalai. Jadi siapa yang lalai sekarang ini," antara sebilangan komen," kata Shahrul Nizam.

team kedah

Tangkap layar beberapa komen warganet terhadap pengurusan Kedah. — Facebook

Pada masa sama penyokong tidak sabar untuk melihat aksi perlawanan antara Kedah menentang pasukan JDT bagi mengukur prestasi pemain negeri Jelapang Padi itu.

Muhammad Sanuri pernah menafikan dakwaan mengenai wujud masalah tunggakan gaji sehingga menyebabkan pasukan itu kalah dalam beberapa perlawanan.

Beliau juga dikhabarkan ingin mengambil tindakan mahkamah ke atas individu yang menularkan berita tersebut.

Kedah kini menghuni tangga keempat liga selepas sembilan perlawanan dengan mengumpul 14 mata, empat mata di belakang pendahulu, Sabah FC.

Skuad Aidil Sharin Sahak itu kini dalam persediaan mengharungi kempen Piala AFC di Indonesia yang bermula esok dan berakhir pada 30 Jun ini sebelum kembali menyambung saingan Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram