TFC tidak serik asyik kena 'scam' pemain import, penyokong minta hantar balik kampung


  • Podium
  • Khamis, 23 Jun 2022

Antara ksi Kpah Sherman sewaktu perlawanan yang berlangsung di Stadium Bandaraya, George Town, pada Rabu. — Facebook TFC

PENANG FC melakar kemenangan pertama musim ini apabila berjaya menumpaskan pasukan Terengganu FC (TFC) dengan jaringan 2-1 dalam saingan Liga Super 2022 yang berlangsung di Stadium Bandaraya, di Pulau Pinang pada Rabu.

Jaringan gol skuad Harimau Kumbang disumbangkan oleh penyerang import, Hilal El-Helwe dan pemain berjersi 26, T. Saravanan manakala gol tunggal Terengganu dijaringkan oleh pemain sayap lincah mereka, Faisal Halim.

Perlawanan itu pastinya memberikan senyuman kepada penyokong pasukan Harimau Kumbang namun buat peminat tegar skuad Penyu aksi pada Rabu itu hanya persembahan longlai yang ditunjukkan oleh barisan pemain dan jurulatih.

Menarik selepas perlawanan pada minggu ke-11 itu, penyokong tidak habis-habis menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap duo import TFC, iaitu Kipre Tchetche dan Kpah Sherman kerana gagal memberikan aksi terbaik.

duo

Pada awalnya, penyolong tidak sabar menanti aksi dua pemain import kerana gandingan cemerlang ketika beraksi dengan Kedah musim lalu. — Facebook TFC

Kegagalan dua pemain itu membuatkan penyokong TFC, Saidi Salleh menyifatkan pengurusan skuad Penyu seakan tidak belajar daripada kesilapan kerana asyik kena 'scam' oleh pemain import ekoran sebelum ini David Da Silva turut dilihat kurang berkesan bersama pasukan itu.

"Pengurusan TFC asyik kena scam saja dengan pemain import. Tahun lepas David Da Silva (DDS), tahun ini Kipre dan Kpah pula. Padan begitulah," katanya.

Sebelum ini penyerang kelahiran Brazil, Da Silva dikecam teruk oleh peminat setia skuad Penyu kerana dilihat kurang memberi impak dan gagal memainkan peranan untuk meledak banyak jaringan pada musim 2021.

Sejarah seakan berulang kepada skuad dibawah kendalian Nafuzi Zain apabila dua penyerang berbisa, Kipre dan Kpah tidak menyengat bersama skuad itu sejak mereka mula menyertai pasukan TFC pada musim 2022.

"Mohon hantar balik kampung. Baik main dengan pemain tempatan. Rasa nak marah saja," kata Anok Pok De.

"Lepaskan. Jangan rehatkan. Kalau rehatkan gaji kena bayar. Macam tiada fungsi pun sebagai penyerang untuk skor gol. Betul orang cakap tiada tuah, tiada rezeki tapi berapa perlawanan dah? Berapa?, " ujar penyokong Mohd Shukri Puyie.

mintah

Kapten pasukan Terengganu II itu dilepaskan dari Terengganu ke KL City FC secara pinjaman. — Facebook TFC

Dalam pada itu, ada juga yang menyarankan agar lebih baik TFC mengekalkan Jordan Mintah daripada duo import itu.

Sebelum ini, penyerang berbisa TFC, Mintah difahamkan akan menyertai pasukan KL City menjelang jendela perpindahan kali ini secara pinjaman dan khabar berita itu kurang dipersetujui penyokong ekoran aksi cemerlang Mintah bersama skuad Penyu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram