JUMAAT ini menyaksikan bermulanya perjuangan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dalam Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dengan perlawanan pertama menentang kelab dari Indonesia, Bali United.
Ramai yang menjangkakan skuad Sang Kenari akan pulang awal apatah lagi dua perlawanan persahabatan sebagai persiapan ke Piala AFC menentang Penang FC (Liga Super) dan Perak (Liga Premier) sekadar mencatatkan keputusan seri sahaja.
Bertemu dengan Bali United yang juga dikenali dengan jolokan Serdadu Tridatu, KDA FC harus berhati-hati dalam perlawanan yang akan diadakan di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta, Gianyar, Bali, Indonesia.
Ini kerana, jika dilihat nilai pasaran pemain yang dimiliki Bali United jauh lebih tinggi berbanding skuad Sang Kenari.
Aksi pemain KDA FC sewaktu bertemu Perak FC dalam perlawanan persahabatan baru-baru ini. — Facebook/Kedah Darul Aman FC
Skuad Kendalian Stefano Cugurra itu bernilai RM23 juta menurut data Tansfermarket. Angka itu jauh lebih rendah berbanding nilai skuad KDA FC yang berjumlah RM15 juta.
Permain termahal untuk Bali United ialah pemain dari Iraq, Brwa Nouri yang bertindak sebagai pemain pertahanan dengan nilai sebanyak RM1.9 juta.
Manakala pemain termahal Kedah pula hanya sekitar RM1.7 juta iaitu penyerang yang berasal dari Cameroon, Ronald Ngah Wanja.
Antara barisan skuad Bali United FC. — Agensi
Menerusi jumlah angka bagi nilai setiap pasukan, Bali United dilihat berpotensi untuk menang ke atas KDA FC.
KDA FC menentang Bali United pada Jumaat dan pada 27 Jun, Kedah akan bertemu Kaya FC (Filipina) sebelum bertemu kelab dari Laos, Visakha. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram