'Belasah Sarawak bukan petanda Selangor sudah cukup hebat... Tunggu jumpa JDT'


  • Podium
  • Khamis, 23 Jun 2022

Selangor perlu lebih bersedia untuk menentang JDT pada Jumaat ini. — Selangor FC

KEMENANGAN pasukan Selangor FC ke atas Sarawak United 7-0 dalam liga Piala Super 2022 minggu lepas belum cukup untuk membuktikan skuad The Red Giants benar-benar hebat.

Perkara tersebut selari dengan perkongsian pengguna Facebook, Desmond Saging Douglas yang berpendapat Selangor FC sering tewas dalam perlawanan bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Super pada Jumaat ini.

"Kalau kita imbas kembali, Selangor pun pernah kena belasah dengan JDT. Jadi pendapat saya, Selangor bukannya hebat sangat.

"Memanglah boleh menang dengan Sarawak, agak-agaklah Sarawak baru naik Liga Super musim ini. Jadi tidak hairan kalau Sarawak belum sesuaikan diri.

"Kalau betul Selangor hebat sangat, pernahkah Selangor muncul juara AFC?," luah beliau.

selangor

Pandangan Desmond Saging Douglas terhadap kemenangan Selangor FC menentang Sarawak United. — Facebook

Kenyataan tersebut turut mendapat sokongan daripada warganet lain yang rata-ratanya bersetuju bahawa Selangor FC sekadar berada pada posisi selesa dan bernasib baik.

"Selangor ini dari dulu bila bertemu dengan JDT akan setiasa kalah. Jika bukan kalah, seri, menang tidak banyak mana.

"Selangor janganlah berlagak sangat, belum masanya.

"Hebat dalam kampung saja, beri jiran-jiran sebelah rumah gembira," antara komen warganet terhadap Selangor FC.

selangor 2

selangor 23

selangor1

Antara komen warganet terhadap pasukan The Red Giants. — Facebook

Berdasarkan prestasi pasukan tersebut dalam Liga Super musim ini, Selangor sebelum ini berjaya menang selesa termasuk menewaskan Kedah 4-1 dan Pahang 3-1.

Selangor FC dijadualkan bertemu dengan JDT dalam aksi perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat ini sebelum meneruskan perjuangan menentang Sabah dan Melaka United. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram