Pilihan '1st eleven' Kedah di saingan AFC


  • Podium
  • Selasa, 21 Jun 2022

Pasukan KDA FC sudah pun bertolak ke Indonesia dengan delegasi 48 orang terdiri daripada pegawai dan pemain. — Facebook

KEDAH Darul Aman FC kini memiliki skuad terbaiknya selepas mengumumkan seorang lagi pemain import, Mahmoud Al-Mardi pada Isnin bagi memperkuatkan pasukan untuk menghadapi saingan Piala AFC 2022 di Bali, Indonesia bermula 24 Jun ini.

Dengan kemasukan Mahmoud bersama pasukan, KDA FC kini melengkapkan jumlah lima pemain import musim ini yang turut disertai Dechi Marcell, Marc Vales, Sanrawat Dechmitr dan Ronald Ngah Wanja.

Pasukan bimbingan Aidil Shahrin setakat ini dalam Liga Malaysia (Liga M) berjaya mengharungi sembilan perlawanan dengan memenangi empat perlawanan, dua seri dan tiga kekalahan Liga Super.

Skuad Hijau Kuning berada dalam Kumpulan G bersama kelab Filipina yang juga juara Copa Paulino Alcantara 2021, Kaya FC dan juara Liga 1 Indonesia 2021 Bali United FC yang berada pada ranking 105 Asia.

Satu lagi pasukan ialah Visakha FC dari Kemboja yang memenangi aksi playoff.

Kehadiran pemain-pemain import baharu di dalam skuad Hijau Kuning, rata-rata peminat sudah membuat andaian gambaran kesebelasan utama yang akan diguna pakai oleh Ketua Jurulatih , Aidil Sharin Sahak semasa kempen Piala AFC.

288855964_5346629555380831_5842060067352879115_n

Peminat berkongsi bayangan kesebelasan utama KDA FC. Facebook

Bayangan kesebelasan utama KDA FC: 4-4-3

Penjaga gol: Ifwat Akmal

Bek kiri: Azmeer Aris

Bek tengah: Rodney Calvin (c)

Bek tengah: Akmal Zahir

Bek kanan: Ariff Farhan

Tengah bertahan: Sanrawat

Tengah Kiri: Fadzrul Daniel

Tengah Kanan: Dechi Marcel

Sayap Kiri: Al-Mardi

Penyerang: Ronald Ngah

Sayap Kanan: Hafiz Harun

Jika melihat dari bayangan kesebelasan utama pasukan Kedah mungkin akan menghadapi masalah dari segi keserasian bermain sebagai satu unit kerana rombakan yang dibuat oleh Aidil.

Menarik perhatian dalam skuad kali ini adalah kemasukan pemain tengah skuad kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi untuk melihat kombinasi di antara dua pemain yang pernah bertemu di Liga Jordan iaitu Ronald Ngah.

Pemain berusia 28 tahun ini mewakili skuad kebangsaan Jordan sejak tahun 2014 dan baru-baru ini turut membantu pasukan itu layak ke Piala Asia 2023. Dia akan memakai jersi bernombor 10 musim ini bersama skuad Sang Kenari.

1794864549

Bali United menjuarai Liga Indonesia musim 2021. Agensi

Persoalan yang timbul adalah bagaimana Aidil akan membentuk keserasian di antara pemain baharu dan lama sebelum perlawanan pertama bertemu Bali United pada 24 Jun?

Semua perlawanan ini akan berlangsung dari 24 hingga 30 Jun 2022. Pasukan KDA FC sudah pun bertolak ke sana dengan delegasi 48 orang terdiri daripada pegawai dan pemain. Mereka akan berkampung selama 13 hari untuk memburu satu slot ke peringkat kalah mati Zon Asean. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram