Pertukaran jurulatih bukan penentu masa depan Bujang Senang


  • Podium
  • Selasa, 21 Jun 2022

Pasukan Sarawak United diminta agar lakukan rombakan pentadbiran. — SUFC

PERALIHAN jurulatih pasukan bola sepak Sarawak United FC (SUFC), B.Sathianathan dan diganti oleh S.Balachandran secara tidak langsung menarik perhatian peminat kepada skuad The Crocs.

Menerusi perkongsian peminat SUFC, Kedrie Hj Chee, dia mencadangkan agar pertandingan bola sepak antara bahagian di negeri Sarawak diadakan.

Perkara itu secara tidak langsung membantu pasukan untuk mencungkil bakat baharu anak tempatan.

"Sebilangan anak jati dari bahagian wilayah Sarawak ada yang popular dalam bermain bola sepak.

"Adakah kerajaan negeri tidak mempunyai modal langsung? Duit cukup-cukup pakai yang untuk bayar pemain atau jurulatih import sahaja?," soal Kedrie Hj Chee.

WhatsApp Image  (2)

Dalam pada itu, ada juga yang mengutarakan pandangan mengenai pengurusan pasukan terbabit berbanding pemain atau jurulatih.

"Yang paling pertama harus diuruskan adalah pentadbiran Sarawak United dirombak semula," kata Fai Zai.

WhatsApp Image  (1)

Bukan itu sahaja, pasukan SUFC turut mendapat respons peminat setia mereka agar berusaha untuk mempamerkan aksi permainan cemerlang.

WhatsApp Image  (3)

"Sarawak United fokus cari jurulatih baru, ada 12 perlawanan musim ini untuk dihabiskan. Kedudukan sekarang di tangga ke-11," jelas Ahmad Taj di Facebook. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram