Kecoh isu 'claim' sana-sini, ini info 'anak jati' 15 pemain JDT skuad Harimau Malaya


  • Podium
  • Khamis, 16 Jun 2022

Syafiq Ahmad dan Safawi Rasid antara pemain JDT yang mengemudi bahagian serangan skuad Harimau Malaya. — Facebook/FAM

TIDAK dinafikan, kelab Johor Darul Takzim (JDT) memang memainkan peranan utama dalam skuad Harimau Malaya apabila 15 pemain dan bekas pemain telah dipilih untuk beraksi.

Ini menunjukkan yang skuad Harimau Selatan sememangnya mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan mahu atau tidak, sesiapa pun harus mengakui perkara tersebut.

Malah, Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon turut menyatakan rasa terima kasih kepada pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ).

Berikut adalah senarai maklumat peribadi 15 pemain dan bekas pemain yang pernah beraksi untuk skuad JDT dan bermain untuk Harimau Malaya.

Penjaga gol

Farizal Marlias (JDT)

Umur: 36

Negeri kelahiran: Pahang.

Kelab terdahulu: Shahzan Muda, Perlis, Negeri Sembilan, Perak, Selangor.

file771pskfe87p144akn761

Farizal Marlias merupakan penjaga gol utama skuad kebangsaan.

Pemain pertahanan

Shahrul Saad (JDT)

Umur: 28

Negeri kelahiran: Perak

Kelab terdahulu: Harimau Muda B, Harimau Muda A, Felda United, Perak.

Corbin Ong (JDT)

Umur: 31

Negara kelahiran: London, England

Kelab: Vancouver Whitecaps FC, FC Pommern Greifswald, Berliner AK 07, FSV Frankfurt, Go Ahead Eagles.

Matthew Davies (JDT)

Umur: 27

Negara kelahiran: Perth, Australia

Kelab terdahulu: Perth Glory, Pahang

file781nabjutf41jncpo72w

Syamer Kutty Abba mendapat pujian penyokong baru-baru ini.

Pemain tengah

Syamer Kutty Abba (JDT)

Umur: 24

Negeri kelahiran: Pulau Pinang

Kelab terdahulu: Pulai Pinang, JDT, Vilaverdense (pinjaman)

Nazmi Faiz Mansor (JDT)

Umur: 27

Negeri kelahiran: Selangor

Kelab terdahulu: Beira-Mar, Selangor II, Selangor

safiq-rahim-red-card-as-malaysia-lose-again-in-asian-cup-qualifying-1050x600

Safiq Rahim antara pemain yang lama beraksi bersama skuad kebangsaan. — Agensi

Safiq Rahim (JDT)

Umur: 34

Negeri kelahiran: Selangor

Kelab terdahulu: Selangor, KL Plus FC, Selangor, JDT, Melaka United

Arif Aiman Hanapi (JDT)

Umur: 20

Negeri kelahiran: Pahang

Kelab terdahulu: Tiada (Akademi Mokhtar Dahari)

Akhyar Rashid (JDT)

Umur: 23

Negeri kelahiran: Kedah

Kelab: Kedah

Mohamadou Sumareh (JDT)

Umur: 27

Negara kelahiran: Fajara, Gambia

Kelab terdahulu: PDRM, Perlis, Pahang, Police Tero FC

73dc6054067a70e5deaa372ed20d866a62918e44e8072 (1)

Guilherme de Paula mendapat kecaman penyokong selepas memberikan aksi hambar. — Facebook/FAM

Pemain penyerang

Safawi Rasid (JDT)

Umur: 25

Negara kelahiran: Terengganu

Kelab terdahulu: T-Team FC, Portimonense

Syafiq Ahmad (JDT)

Umur: 26

Negeri kelahiran: Pulau Pinang

Kelab terdahulu: Kedah Darul Aman

Guilherme de Paula (JDT)

Umur: 35

Negara kelahiran: Sao Paulo, Brazil

Kelab terdahulu: Coritiba FC, Ria Claro, Brasa, Vitoria de Setubal, Halcones, Juventud Retalteca, Toledo Esporte Clube, Milsami Orhei, Selangor, Ethnikos Achna, PDRM, Kuala Lumpur City, Perak.

Darren-Lok-kembali-skuad-kebangsaan-Malaysia-Hong-Kong

Darren Lok beraksi dengan cukup baik bersama skuad kebangsaan. — Agensi

Bekas pemain JDT

Junior Eldstal (Chonburi FC)

Umur: 30

Negeri kelahiran: Sabah

Kelab terdahulu: Slimbridge, Sarawak United, JDT, JDT II, Metropolitan Police

Darren Lok (PJ City FC)

Umur: 30

Negara kelahiran: Hailsham, England

Kelab terdahulu: Eastbourne Borough, Horsham, JDT II, JDT, Terengganu FC — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram