Sokong Kempen Hormati Wanita Ke Stadium, tapi kaum hawa ditegur jangan pakai ketat


  • Podium
  • Rabu, 15 Jun 2022

PANDANGAN stereotaip yang menetapkan sesebuah sukan sesuai untuk jantina tertentu sudah tidak boleh diguna pakai lagi pada masa sekarang.

Tentu sahaja perkara paling ketara apabila golongan lelaki skeptikal kepada wanita yang hadir ke stadium bola sepak untuk menonton dan menyokong pasukan kegemaran.

Insiden gangguan seperti disorak, dihimpit dan diraba antara gangguan seksual menyebabkan segelintirnya lebih senang memilih untuk menonton di kaca televisyen.

Situasi tersebut bagaimanapun cuba dibendung dengan melancarkan Kempen Hormati Wanita Ke Stadium oleh Terengganu Football Club Sdn Bhd.

Berdasarkan kenyataan rasmi di Facebook, kempen berkenaan bermula sejak seminggu lalu (8 Jun 2022) dengan membenarkan kemasukan secara percuma ke stadium menyaksikan perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Terengganu FC menentang Balestier Khalsa FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

“Pihak kelab ingin meminta seluruh penyokong Terengganu FC untuk sentiasa menanamkan rasa hormat buat mereka, iaitu golongan wanita yang hadir ke stadium kerana mereka mungkin ibu, kakak, adik, isteri, atau anak seseorang yang seharusnya kita semua lindungi.

“Kita jadikan stadium sebagai tempat selamat, dan bolasepak adalah sukan yang boleh kita semua nikmati bersama," jelas kenyataan yang dikeluarkan kelab berkenaan.

Menyambut baik perkara itu, golongan wanita tidak melepaskan peluang untuk memberi sokongan penuh kepada pemain sekali gus memupuk semangat cintakan sukan.

285337063_1482304182200258_8142827768050060148_n

Kehadiran penyokong wanita ke stadium sangat dialu-alukan. — Facebook Terengganu FC

285151830_1482304218866921_1554318015209666286_n

Sukan bola sepak turut mendapat tempat dalam kalangan wanita. — Facebook Terengganu FC

Namun, warganet turut menegaskan agar cara pemakaian yang dikenakan perlulah bersesuaian dengan situasi dan lokasi.

"Jangan lupa hormati kaum lelaki juga, jangan pakai ketat-ketat, kasihan pada lelaki yang nak tengok bola tapi ada gangguan.

"Bagus, TFC memupuk budaya Family Club (Kelab Keluarga) di mana sokongan semua lapisan komuniti termasuk OKU, kanak-kanak, wanita, warga emas dan selainnya amat dialu-alukan serta kehadiran mereka perlu dipermudahkan. Barulah padu.

"Wanita yang pergi pun kena hormat juga orang lelaki, pakai biar bersopan. Pakai baju terlalu ketat, aku tengok pakcik-pakcik pusing kepala tengok awak pakai baju macam tu," ujar warganet.

Diharapkan perkara sebegini turut dilakukan oleh beberapa kelab lain agar dapat memberi pendedahan tentang hak kesamarataan dalam kesukanan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram