'2X5, asal JDT main tak main semua dia angkut,' —TMJ


  • Podium
  • Ahad, 05 Jun 2022

TMJ menyuarakan pandangannya yang mana seperti tiada perbezaan di antara jurulatih tempatan dan asing yang masih memilih pemain tidak cukup minit permainan di dalam Instagram. — Facebook

KETUA jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon akhirnya mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengharungi Kelayakan Piala Asia 2023 pada Sabtu.

Dalam siaran yang dikeluarkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Pan-gon membuat keputusan untuk membawa 23 pemain sahaja dengan beberapa nama digugurkan.

Pemain yang digugurkan ialah Kalamullah Al-Hafiz dan juga R. Kogileswaran selain pertahanan muda Terengganu, Shahrul Nizam.

Kogileswaran yang menjadi antara pemain yang disenangi penyokong Harimau Malaya disisihkan oleh Pan-gon yang lebih mahukan pemain lain mengisi tempatnya.

Selain tiga pemain yang disebutkan tadi, Liridon Krasniqi dan Afiq Fazail turut digugurkan oleh jurulatih kelahiran Korea Selatan itu.

TMJ status

Kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ dalam Instagram tentang senarai 23 pemain pasukan Malaysia. Instagram

Selepas pengumuman yang dibuat oleh Pan-gon, pemilik Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyuarakan pandangannya yang mana seperti tiada perbezaan di antara jurulatih tempatan dan asing yang masih memilih pemain tidak cukup minit permainan.

"Ingatkan jurulatih asing lain, rupanya dua kali lima, satu minit tak main pun masuk dalam senarai, asal JDT main tak main semua dia nak angkut," katanya dalam Instagram.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh TMJ itu, mengundang pelbagai reaksi penyokong bola sepak tanah air kerana mereka berpendapat skuad Johor Darul Takzim (JDT) mempunyai ramai pemain yang bagus.

"Ini tanda-tanda nak campur tangan kerja 'coach', dia yang sibuk rembat pemain 'regular' kebangsaan, bila nak 'call up' pemain yang dia dah rembat itu acah-acah 'claim' pemain JDT, dah JDT yang tak bagi minit permainan dekat pemain kebangsaan," ujar Entah Lah.

"Benda datang dari dia, nak acah 'cover', dia tibai orang balik, bagi peminat nampak kesucian dia," kata Muhammad Muaz.

"Nampak sangatlah ada yang 'control' nak lepas pemain ke tak sebelum ni, dah kantoi sendiri," tulis Hamdan Hamzah.

"Lain kali jangan bawa masuk ramai pemain kebangsaan dalam satu kelab, sembang nak buat 'rotation' satu season setiap 'game' hampir sama sahaja semua pemain yang bermain," jelas Wan.

Brunei 2

Pan-gon akhirnya mengumumkan senarai akhir 23 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab untuk mengharungi Kelayakkan Piala Asia 2023. Facebook FAM

Sebelum ini pemilihan pemain Harimau Malaya dipersoalkan penyokong yang merasakan senarai 29 pemain dikeluarkan oleh Pan-gon melibatkan beberapa tonggak pemain tempatan dan natrulisasi yang tidak dapat minit permainan secukupnya bersama pasukan masing-masing.

Pasukan kebangsaan bakal mengharungi tiga perlawanan menetang pasukan Turkmenistan, Bahrain dan Bangladesh di Bukit Jalil bagi kelayakan Piala Asia 2023 pada minggu hadapan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram