Bintang muda skuad Penyu jadi rebutan 3 kelab


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Nik Akif merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mula membina karier bola sepaknya bersama Kelantan pada musim 2017. — Facebook TFC

DENGAN berbaki kurang daripada tiga minggu lagi, jendela perpindahan Liga Malaysia (Liga M) kali ini menyaksikan pelbagai percaturan yang dilakukan pasukan, ada yang melepaskan beberapa pemain dan menggantinya dengan memborong beberapa muka baharu.

Seperti pasukan Terengganu FC (TFC) dikhabarkan bakal mengucap selamat tinggal kepada pemain tengahnya, Nik Akif Syahiran Nik Mat yang dikatakan menjadi rebutan tiga kelab lain.

Khabar angin di media sosial mengatakan tiga pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat bintang muda TFC itu secara pinjaman pada jendela perpindahan kedua ialah Negeri Sembilan FC, Sri Pahang FC dan Penang FC.

Namun tidak seperti khabar perpindahan lain, kedatangan Nik Akif ke dalam ketiga-tiga pasukan berkenaan tidak diterima baik oleh penyokong dan mereka menyifatkan mengambil pemain itu adalah satu kerugian.

nik akif

Disebabkan prestasi yang kurang cemerlang, penyokong TFC bersetuju jika Nik Akif dipinjamkan ke pasukan lain. — Facebook TFC

Mana tidaknya, bersama skuad Penyu sahaja pemain berusia 23 tahun itu tidak pernah tampil dalam sebarang perlawanan bagi saingan Liga Super musim 2022.

Manakala pada sesi 2021 pun hanya muncul sebanyak 17 perlawanan dengan hanya menyumbang satu jaringan sahaja untuk pasukan Terengganu dan dari statistik itu lagi mengukuhkan pendapat penyokong bahawa mengambil Nik Akif adalah satu kerugian.

Dalam pada itu, bagi penyokong TFC pula sangat gembira dengan khabar perpindahan Nik Akif ke pasukan lain kerana dari musim 2021 lagi mereka tidak gemar dengan corak permainan pemain berasal dari Kelantan itu.

"Tidak payah pinjamanlah..ambil terus tidak apa..buat habis ke keropok saja bela dia ini.. #IkhlasdariTFCfans," kata penyokong TFC, Nas Yong.

"Rambut saja ganas..main terlalu fancy dan tamak...kena berubah kalau nak berjaya," ujar Adam Yusoff.

"Ambil terus tida apa. Penyokong TFC tidak terkilan pun. Tidak membantu langsung dia ini," kata satu lagi penyokong TFC, Lan Nun.

Untuk rekod, sebelum berhijrah ke TFC pada 2021, Nik Akif merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil dan mula membina karier bola sepaknya bersama Kelantan pada musim 2017. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram