Dedah ahli politik mahu 5 tiket bola percuma, penyokong minta pengulas sukan jangan layan


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jun 2022

Ahli politik tersebut dikatakan meminta bukan hanya satu tetapi lima tiket untuk menyaksikan perlawanan di SNBJ. — Agensi

SEMUA peminat bola sepak tidak kira daripada apa juga latar belakang semestinya sudah tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan Malaysia menentang Bahrain dalam aksi kempen Kelayakan Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada malam Sabtu.

Tentu sekali sebahagian daripadanya tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikannya secara langsung di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), Kuala Lumpur bersama keluarga dan rakan-rakan.

Bagaimanapun, tersebar khabar yang tidak sedap didengar di mana difahamkan ada dalam kalangan 'ahli politk' yang turut sama mahu menyaksikan perlawanan tersebut, tetapi selamba meminta tiket secara percuma.

Perkara tersebut didedahkan oleh pengulas sukan, Hafizal Hamad menerusi satu ciapan di akaun rasminya pada Sabtu.

komen tiket

Tidak menyatakan identiti 'ahli politik' yang dimaksudkan, individu tersebut dikatakan meminta bukan hanya satu tetapi lima tiket untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Katanya, ahli politik yang sudah tidak lama menghubunginya itu tiba-tiba menelefon dan meminta lima tiket perlawanan.

"Ya ALLAH, sekali minta lima tiket, anak buah saya sendiri mahu pergi tengok di stadium saya belikan, dia yang sudah lama tidak menghubungi saya tiba-tiba telefon minta lima tiket.

"Ahli politik takkan tiket berharga RM40 tidak mampu beli sedangkan dia naik kereta Vellfire," katanya.

Ciapan itu menarik perhatian warganet yang mengatakan bahawa bagi individu bergelar 'ahli politik' tidak sepatutnya meminta tiket percuma untuk menyaksikan perlawanan pasukan negara.De

Komen daripada pemilik akaun, @Aniq_Rodzi mengatakan bahawa orang Bangladesh yang mahu menyaksikan perlawanan pasukan mereka berusaha membeli tiket sendiri menggunakan gaji mereka.

"Bangladesh tempat saya pun usaha pakai gaji sendiri beli sebab mahu tengok pasukan mereka lawan di tempat orang.

"Ini orang 'tuan rumah' sendiri pula minta orang bagi," ujarnya.

komen tiket 1

komen tiket 2

Selain itu, terdapat juga penyokong lain yang meminta Hafizal supaya tidak melayan permintaan berkenaan dan memberitahu 'ahli politik' tersebut supaya membeli sendiri tiket berkenaan.

"Tiket banyak lagi tidak terjual, suruh dia beli sendiri.

"Murah sahaja, tidak luak gaji sehari dia," tulis @Badrullaminn. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram