Piya Thailand bakal sertai KDA FC?


  • Podium
  • Jumaat, 10 Jun 2022

Skuad bimbingan Aidil Shahrin, semakin hampir untuk menandatangi bekas pemain kebangsaan Thailand. — Agensi

PASUKAN Kedah Darul Aman FC (KDA) dikhabarkan semakin hampir untuk menandatangi bekas pemain kebangsaan Thailand yang berjaya membawa pasukan Gajah Perang itu ke pusingan separuh akhir Piala AFF Suzuki 2018.

Sanrawat Detchmitr, merupakan salah seorang pemain yang sering membarisi skuad kebangsaan Thailand sejak tahun 2010 bersama pasukan pembangunan bawah 23 (B-23).

Kali terakhir Sanrawat mewakili skuad kebangsaan pada 2019 dan kejayaan terbesar pemain tengah itu apabila dia terpilih sebagai kesebelasan terbaik dalam saingan Piala AFF 2018.

Dia juga antara tonggak yang beraksi dalam saingan Kejohanan Juara-Juara Asia (ACL) bersama Ratchaburi Mitr Phol pada musim 2021 dan pernah berdepan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) di peringkat kumpulan.

SAN 1

Sanrawat telah melakukan 29 penampilan bersama skuad kebangsaan Thailand. Agensi

Sebelum itu, Sanrawat juga pernah mengalami detik hitam dalam sejarah bola sepak di Thailand apabila pemain tersebut telah menumbuk pengadil pada tahun 2019 sewaktu bersama True Bangkok ketika menentang Port FC.

Akibatnya, dia telah digantung selama lapan perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) daripada sebarang aksi.

Kelebihan pada pemain ini menerusi kreativiti di bahagian tengah serta mempunyai daya hantaran jauh yang agak baik ketika membantu serangan pasukan.

Dikhabarkan pemain tersebut bakal menyertai pasukan Sang Kenari pada jendela perpindahan kedua Liga Malaysia.

Sanrawat 2

Sanrawat pernah digantung lapan perlawanan oleh FAT daripada sebarang aksi. — Agensi

Sanrawat turut digelar Piya Thailand dalam kalangan peminat bole sepak tempatan gara-gara corak permainannya yang mirip pemain otai kebangsaan, Badhri Radzi atau Piya.

Bagi slot Asean, pemain tersebut boleh dikatakan berbaloi dengan pengalaman yang dimiliki serta masih relevan jika taktikal ketua jurulatih KDA, Aidil Shahrin menjadi dia mungkin menjadi salah seorang import paling bahaya musim ini.

Terdahulu, pasukan Kedah juga dikaitkan ingin membawa masuk beberapa pemain bintang dari negara jiran seperti Youssef Elias Dolah dan Kittisak Hochin bagi memperkuatkan skuad Hijau Kuning untuk bersaing di dalam saingan Piala AFC 2022 pada bulan ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram