PEMILIK dua skuter elektrik yang dirampas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuba menyewa kenderaan mikromobiliti itu tanpa permit.
Pegawai penguat kuasa DBKL mengesan kegiatan itu semasa operasi di Jalan Raja dekat Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada pukul 8 malam pada Sabtu (4 Jun) dan merampas dua skuter yang diletakkan di atas jalan itu.
Jurucakap DBKL ketika dihubungi berkata, tiada permit diberikan untuk pengusaha menyewakan eskuter berkenaan.
"Pengendali itu juga bersikap agresif terhadap pegawai yang menjalankan tugas mereka," katanya sambil menambah satu laporan polis telah dibuat terhadap pengendali berkenaan.
"Orang ramai tidak dibenarkan mengendalikan atau menaiki skuter mereka di jalan awam. Ini adalah mandat kerajaan.
"Kami masih mengkaji garis panduan (penggunaan) eskuter di Kuala Lumpur.
"Eskuter dan peranti lain yang serupa adalah terlarang di jalan utama atau di mana-mana bahagian bandar," katanya.
Pada 26 April, Kementerian Pengangkutan telah melarang penggunaan kenderaan mikromobiliti tertentu di jalan raya.
Larangan itu melibatkan moped, peranti mobiliti peribadi termasuk skuter elektrik, peranti dengan enjin pembakaran dalaman atau digerakkan oleh kuasa manusia serta alat bantuan mobiliti peribadi. — The Star
