'Pergilah Azam,' Penyokong Tok Gajah restui perpindahan


  • Podium
  • Ahad, 05 Jun 2022

Penyokong Tok Gajah di media sosial seperti sudah merelakan pemergian Azam ke pasukan gergasi selatan tanah air demi kepentingan masa depan pemain tersebut. — Facebook

KHABAR angin mengenai pemain tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih berhijrah ke Johor Darul Takzim (JDT) pada jendela perpindahan kedua bulan ini nampaknya seperti bakal menjadi kenyataan.

Menjelang jendela perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) yang dibuka sejak bulan lepas, nama tonggak Harimau Malaya berusia 27 tahun dikaitkan sebagai rekrut baharu yang akan dibawa masuk pengendali JDT, Benjamin Mora.

Azam cemerlang bersama Sri Pahang musim ini apabila bukan sahaja mengendalikan bahagian tengah dengan baik, malah muncul antara penjaring utama Tok Gajah bersama Manual Hidalgo dan Mamaoud Zatara.

Azam 3

Azam Azih muncul antara penjaring utama Tok Gajah bersama Manual Hidalgo dan Mamaoud Zatara. Facebook

Persoalan yang timbul adalah adakah Sri Pahang akan melepaskan pemain itu kerana dengan aksi mantap yang dipamerkannya sudah semestinya mereka tidak ingin kehilangan pemain bintang di saat mereka sedang dalam prestasi yang baik.

Penyokong Tok Gajah di media sosial seperti sudah merelakan pemergian Azam ke pasukan gergasi selatan tanah air demi kepentingan masa depan pemain tersebut.

Kobe Jae Chong

Kobe Chong dijangka mengantikan Azam Azih di pasukan Pahang pada jendela perpindahan kedua nanti. Facebook

"Kalau ada 'offer' yang bagus, pergilah Azam, masa bermain bukan sepanjang usia, pemain professional perlukan pasukan yang diurus secara professional," kata Sailey Ahmad.

"Ikutkan hati, nak dia kekal, tapi kita pun faham, jangka masa pemain bola ini tak lama, selagi boleh buat duit banyak, selagi itu pulun, kalau ada 'offer' lumayan, for sure ambil kira, tapi pada masa yg sama, fikir-fikirlah pasal peluang bermain," jelas M Ikram M Adnan.

"Sementara bernilai pergi sahaja nanti kalau dah tak laku balik sahaja kampung, buat apa yang patut," ujar Syamir Afdzam.

"Tolonglah kekal, jangan fikir tiga empat tahun, fikir masa panjang, kalau setia Insya-Allah ada tempat di Pahang dalam bola sepak, tengok contoh Jalal, coach Shah dan lain-lain," tulis Naja Mansor.

Terdahulu, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memuat naik satu ciapan di laman Twitter milik beliau berkenaan status terkini Kobe Chong dan Azam Azih. Ciapan tersebut menjadi tanda tanya kepada seluruh peminat bola sepak tanah air.

Dalam ciapan tersebut, Zulhelmi mengucapkan selamat datang kepada Kobe Chong dan pada masa yang sama mengucapkan ‘All the best’ buat pemain tengah Sri Pahang FC, Nor Azam Azih. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram