Dua calon import baharu NSFC kurang disenangi


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Untuk rekod pertemuan antara NSFC dan JDT dalam saingan Liga Super musim ini merupakan perlawanan yang sengit. — Facebook

DIKHABARKAN pasukan Negeri Sembilan FC (NSFC) akan menandatangani dua pemain import baharu yang berasal dari negara Brazil dan Palestin yang mana pernah beraksi di dalam Liga Malaysia (Liga M).

Pasukan Hobin Jang Hobin ingin mencari pemain import yang beraksi di posisi tengah dan penyerang bagi meningkatkan prestasi mereka di dalam Liga M bagi pusingan kedua liga.

Pemain yang dikhabarkan bakal menyertai pasukan NSFC itu ialah Gustavo Almeida dan Yashir Pinto yang pernah mencipta nama bersama kelab di dalam Liga M semasa mereka beraksi di Malaysia.

Gustavo pernah beraksi bersama pasukan UITM FC pada 2021 manakala Yashir pula pernah menyarung jersi pasukan Melaka (2017), Perak (2018) dan PKNP (2019).

Almeida

Gustavo pernah beraksi bersama pasukan UITM FC pada 2021. — Facebook

Di sosial media pula peminat Negeri Sembilan seperti tidak bersetuju dengan pihak pengurusan NSFC jika mereka mengambil dua pemain import ini untuk menggantikan pemain import sedia ada.

"Daripada dia ini, saya lebih 'prefer' bekas pemain import Petaling Jaya City dulu, Washington Brandao sebab dia pernah main di bawah bimbingan K.Devan," kata Ezani Zakaria.

"Pasukan scouting tak ada ke The Jangs oii? Asyik pemain import sama sahaja, diorang ini pun entah-entah dah lepas 'peak' kalau macam itu tak jadi apalah NSFC ini," ujar Mohd Syakir.

"Dua import ini umur dah nak 30, takkan masih nak ambil pemain import tua, kalau tua 'power' tak apa, ini entah-entah pegang bola pun dah tak betul," jelas Syaqiq Hafizi.

Yashir kini sedang beraksi bersama pasukan Khon Kaen United dalam saingan Liga Thailand dan dia telah menjaringkan empat gol dan empat bantuan jaringan gol dalam 24 penampilannya serta membantu pasukan itu menduduki tangga ke-10 dalam liga.

Pinto

Yashir Pinto yang pernah mencipta nama bersama kelab di dalam Liga M semasa mereka beraksi di Malaysia. — Facebook

Manakala, Gustavo kini sedang beraksi bersama pasukan Náutico FC Caracaraí di Brazil dan tidak dapat dipastikan bagaimana prestasi pemain ini bersama pasukannya.

Untuk rekod pertemuan antara NSFC dan JDT dalam saingan Liga Super musim ini merupakan perlawanan yang sengit apabila JDT dilihat begitu sukar membolosi pertahanan ampuh The Jangs walaupun diasak daripada pelbagai sudut. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram