Skuad Maloney makin ke laut, ini 6 poin 'pukul rata' peminat


  • Podium
  • Isnin, 06 Jun 2022

Aksi perlawanan skuad B-23 negara menentang Thailand pada Ahad. — Facebook FAM

SELEPAS dihentam teruk gara-gara tewas 1-4 tewas di tangan Korea Selatan, skuad bawah 23 tahun (B-23) negara kini terus menerima kritikan daripada peminat bola sepak tanah air.

Sebelum ini, Ketua Jurulatihnya, Brad Maloney dikecam apabila mudah berpuas hati terhadap persembahan ditunjukkan skuadnya meskipun kalah besar.

Kini, skuad Harimau Muda terpaksa menerima hakikat bahawa perjuangan mereka di pentas Piala Asia B-23 akhirnya menemui titik noktah apabila tunduk 0-3 berdepan Thailand, pada aksi kedua Kumpulan C Piala Asia B-23 di Stadium Bunyodkor, Uzbekistan pada Ahad.

Prestasi itu ternyata memberi kekecewaan kepada peminat tanah air, ekoran ramai yang mengharapkan skuad itu akan membuat persembahan lebih baik dalam kejohanan tahun ini.

Sebagai salah seorang peminat, Saiful Saizri menerusi satu coretan di laman Facebook meluahkan enam kekesalan berhubung skuad B-23 negara yang dilihat semakin lama semakin 'ke laut':

Brad Maloney addressing the media during the post match press conference. - Photo by FAM

Harimau Muda perlukan nafas baharu selepas kegagalan Maloney menjulang skuad muda negara di pentas Asia. — FAM

1. Tukar jurulatih

Saiful Saizri menggesa supaya jurulatih B-23 ditukar kepada orang lain yang lebih berkaliber, termasuk Penolong Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti.

"Bekas jurulatih Barca underage tu juga boleh jadi jurulatih sebab kita perlu keselarasan DNA Bola Sepak tu dari jurulatih KPG (Kim Pan-gon)," katanya.

Pengurus berusia 50 tahun itu sudah bersama skuad kebangsaan sejak 2014 dan kini selepas lapan tahun tanpa pencapaian serta peningkatan yang mengagumkan, mungkin sudah tiba masanya Brad melepaskan tanggungjawab itu kepada orang lain.

PHU THO, 19 Mei -- Pemain Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin (tengah) mengawal bola ketika menentang pasukan Vietnam pada saingan Sukan SEA 2021 di Stadium Viet Tri malam ini.Perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan selepas terikat 0-0.-- fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Luqman Haziq perlu mencari kelab yang memberinya peluang untuk bermain dengan lebih kerap. — Bernama

2. Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh

Saiful Saizri menyifatkan bahawa, meskipun prestasi Luqman Hakim dan Hadi Fayyadh ketika bermain di luar agak bagus, namun ia agak mengecewakan ketika kejohanan kali ini.

Katanya, hal ini disebabkan kedua-duanya berada pada sistem bola sepak yang tidak selari dengan gaya dan permainan yang sepatutnya mereka tahu, faham dan terapkan.

"Betul apa TMJ (Tengku Mahkota Johor) cakap, belum tentu bagus pemain yang main di luar negara dan tak semestinya pemain dalam negara tak bagus. Lebih kurang TMJ kata," katanya.

Tambahnya, prestasi kedua-dua pemain itu ketika ini bukanlah menunjukkan diri mereka yang sebenar.

Malah, dia percaya bahawa mereka masih mempunyai potensi untuk membawa negara ini ke tahap seterusnya, namun tidak digunakan.

"Kalau nak selamatkan karier, lebih baik balik ke Malaysia, main mana-mana kelab pun, asalkan niat main untuk dapat minit permainan.

"Kalau nak main juga di luar negara, tolong pilih kelab divisyen bawah dekat mana-mana negara sebab pemain kita belum capai tahap macam Dion Cools atau sesiapa pemain senior kita yang main dekat divisyen tinggi. Kebanyakan pemain aboard kita main divisyen dua ke bawah setakat ini," katanya.

3. Ralat dengan kata semangat

Katanya, kata-kata semangat yang keluar daripada peminat seolah-olah salah.

Hal ini berikutan persembahan yang ditunjukkan oleh skuad negara tidak seperti apa yang diharapkan.

"Sorry kepada fans Malaysia, ayat 'Hebat Selangor, Hebat Malaysia, Hebat JDT (Johor Darul Takzim), Hebat Malaysia atau mana-manalah ayat berkaitan ni pun buatkan saya rasa ralat je.

Katanya, sehebat mana pasukan kelab dalam negara termasuk JDT, ia masih belum menjadikan pasukan kebangsaan sebagai hebat.

"Sebab, tiada pasukan yang sempurna pun di dunia ni. Yang buatkan pasukan kebangsaan ni hebat ialah pilihan yang pemain itu sendiri buat, niat mereka, usaha berterusan dari semua, jurulatih itu sendiri bagaimana reputasinya serta peminat-peminat sendiri yang sentiasa memberi sokongan," katanya.

sanusi tmj

Isu antara kelab juga perlu dihentikan demi memajukan bola sepak negara.

4. Henti benci dan pergaduhan dengan kelab lain

Selain itu, Saiful Saizri menggesa peminat bola sepak air untuk tidak menanam sifat benci, dengki, iri hati, marah serta bergaduh dengan kelab yang mempunyai tahap prestasi yang jauh lebih tinggi.

"Pasukan kelab kita ada apanya? Cermin diri dulu, tengok dan fikirlah dengan minda kita ni pasukan kesayangan kita ni macam mana sekarang ni.

"Buat cara yang kelab maju buat. Bina dari bawah sikit demi sikit. Mentaliti tu tolong baiki. Open minded sikit. Ya, bukan korang je yang saya pesan ni, malah pada diri saya juga ni.

"Sudahlah semua fans dan pemilik kelab berkaitan dekat Malaysia ni, gaduh ni sebab apa? JDT? Gaji? Bench? Pemain Import? Pemain Naturalisasi? Tokong? Feeder Club? Anak Jati?," katanya.

KUALA LUMPUR, 12 Jan -- Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin (dua, kanan) ketika sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif FAM ke-12 Bagi Sesi 2017-2021 di Wisma FAM hari ini.Turut serta Timbalan Presiden (FAM) Datuk Mohd Yusoff Mahadi (dua, kiri), Naib Presiden (FAM) Datuk Ab Ghani Hassan (kanan) dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Stuart Ramalingam (kiri).--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

FAM perlu meneliti semua pembangunan bola sepak negara ini. — FAM

5. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

Katanya, dia tidak akan mengutuk FAM sebaliknya hanya membiarkan peminat tanah air yang berbuat demikian.

"Bukan takut tapi saya dah tak tahu macam mana situasinya sekarang dan samalah dengan peminat lain.

"Marah dan maki memang akan berlaku juga," ujarnya.

6. Pemain B-23 usah tunjuk hebat

Pada masa sama, Saiful Saizri menasihati para pemain B-23 untuk tidak berlagak hebat selain perlu menjadi diri sendiri.

Katanya, orang lain akan menyokong mereka sekiranya bermain dengan ikhlas demi keluarga, masyarakat dan negara.

"Kalau main dengan 'hauk' tapi sedar silap tu takpelah. Tapi kalau main tu tak ikhlas dan tak sedar diri buat silap, takkan ke mana pun.

"Bersedialah untuk dibenci oleh semua. Lepas tu baru menyesal," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram