PENYERANG Liverpool, Sadio Mane memberitahu keputusan untuk kekal atau meninggalkan Anfield terletak pada rakyat Senegal.
Mane, yang dikaitkan dengan perpindahan ke juara liga Jerman, Bayern Munich, sebelum ini memaklumkan yang dia akan membuat keputusan selepas kekalahan Liverpool ke atas Real Madrid dalam Liga Juara-Juara pada minggu lalu.
Penyerang berusia 30 tahun itu juga berkata, dia melihat sendiri satu undian dalam talian yang memaparkan majoriti rakyat Senegal mahunya berpindah.
Majoriti rakyat Senegal mahu Sadio Mane meninggalkan Liverpool. — Agensi
"Seperti orang lain, saya juga berada di media sosial dan saya melihat komen yang ditinggalkan.
"Antara 60 ke 70 peratus rakyat Senegal mahu saya meninggalkan Liverpool? Saya akan melakukan apa yang mereka mahu.
"Kita akan lihat tidak lama lagi. Jangan tergesa-gesa kerana kita akan melihat ini bersama. Masa depan akan memberitahu kita," katanya.
Mane menyertai Liverpool dari Southampton pada 2016 dan telah menjadi sebahagian daripada pasukan Jurgen Klopp, memenangi Liga Juara-Juara 2018-19 dan juara liga pada musim berikutnya.
Dia juga membantu Liverpool memenangi Piala Liga dan Piala FA musim lalu selain menyumbang 23 gol dalam semua pertandingan.
Klopp bulan lalu enggan membincangkan masa depan Mane dan berkata yang pemain itu akan berjaya di mana-mana sahaja dia bermain. — The Star
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram