'Ingatkan kuah kacang, rupanya air tangki kotor' — Ramai jijik kualiti air di Kelantan


  • Tular
  • Sabtu, 04 Jun 2022

Gambar tular memaparkan air tangki kotor di Kelantan sehingga dianggap seperti kuah kacang.

SEBUAH tangki kotor mengundang rasa jijik orang ramai apabila air di dalamnya tidak jernih dan berwarna coklat.

Menerusi sebuah gambar tular di Twitter sejak Jumaat, ada yang menyangka air tangki itu seperti kuah kacang dan gulai daging ketika mula-mula mereka melihat gambar tersebut.

Lebih menggelikan hati, ada juga yang menyangka bahawa pelampung berwarna perak di tangki itu merupakan senduk kuah kacang.

Difahamkan, kejadian tersebut dipercayai berlaku di negeri Pantai Timur, Kelantan.

Akibat daripada keculasan itu, ramai yang berpendapat supaya kerajaan negeri itu, yang kini diterajui oleh PAS perlu ditukar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kelak.

Menerusi laman Twitter, @tengkuaidiel berkata, dia tidak tahu bagaimana untuk memberi komen tentang pemikiran rakyat negeri itu sekiranya kerajaan sama masih dikekalkan.

"Tapi takpela asal dapat gi masjid pun dah cukup dah kan," katanya sinis.

template (100)

Gambar tersebut dihujani kritikan netizen tentang keculasan kerajaan negeri Pantai Timur itu.

Membalas komen itu, @epankhai mendakwa, kebanyakan rakyat Kelantan yang mengundi parti PAS adalah mereka yang tinggal di Lembah Klang.

"Orang Kelantan sendiri pun dah tak nak dah PAS ni. Ini apa yang nenek saya cakap la," katanya.

Majoriti kini sedang cuba mendapatkan komen pihak berwajib berhubung perkara itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram

air tangki kotor, kerajaan Kelantan, PAS