Kalau netizen dah lebih sangat, memang saya 'sekolahkan' balik — Lana Nodin


  • Hiburan
  • Selasa, 31 Mei 2022

Lana Nodin bersyukur kerana berjaya membuka kedai roti selepas dua tahun tertangguh.

PELAKON sensasi, Lana Nodin mengakui komen daripada warganet yang dirasakan tidak betul perlu ditegur terutamanya bila melibatkan tuduhan terhadap seseorang.

Menurut Lana, dia berpendirian sebegitu kerana ada sahaja yang akan mengecamnya tanpa sebab di media sosial, justeru dia perlu mengambil tindakan 'mengajar' mereka.

"Contohnya baru-baru ini bila saya buat roti dan pamerkan secara live di media sosial. Ada yang kecam kenapa saya tidak menggunakan sarung tangan ketika menguli tepung.

"Bila ada komen begitu, saya terus kata pada mereka bahawa mana ada orang buat roti guna sarung tangan. Kalau pergi mamak pun mereka tak pakai sarung tangan," katanya kepada Majoriti.

WhatsApp Image 2022-05-31 at 6.16.05 PM

Lana Nodin bersama suami dan anak-anaknya.

Menurut Lana, ada warganet yang perlu 'disekolahkan' kerana suka menegur perkara yang tidak betul.

Jelasnya, dia bersuara bukanlah sebab nak cari gaduh dan sebagainya, tetapi adalah sebagai satu cara untuk mendidik mereka.

"Kalau ada yang komen bab body shaming memang saya tak layan. Tapi bila ada komen benda yang tak betul, saya akan bersuara.

"Contohnya bab kebersihan. Saya nak makan pun saya potong kuku dan tak pakai pewarna kuku," katanya.

Dalam pada itu, Lana yang kini sudah memiliki kedai roti berkata dia bersyukur kerana hajatnya sudah tercapai selepas dua tahun tertangguh.

Tambahnya, dia belajar sendiri cara membuat roti dan pastri dan mengakui masih lagi dalam proses pembelajaran. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram