BEBERAPA jalan di Kepong, Kuala Lumpur, termasuk sebahagian Jalan Kepong, akan diperbaiki semula menjelang akhir tahun ini.
Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, pejabatnya telah memohon penurapan semula dan naik taraf daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tahun lepas berikutan aduan penduduk dan pemilik perniagaan mengenai keadaan jalan yang teruk.