PERTIKAIAN isu gelaran adik-beradik antara Kelantan FC dan Kelantan United perlu dihentikan serta-merta, meskipun kedua-dua kelab berada dalam negeri yang sama.
Menyifatkan perkara itu sebagai remeh, seorang penyokong, Nasrul Haq berkata, para peminat perlu memberi sokongan secara profesional, yang mana kedua-duanya sememangnya berbeza.
"Kelantan FC tetap Kelantan FC, manakala Kelantan United tetap Kelantan United.
"Kelantan FC dan Kelantan United di bawah pengurusan lain-lain, namun masing-masing membawa cabaran masing-masing.
"Tidak salah nak sokong mana-mana, bersainglah secara sihat. The one and only TRW (The Red Warrior)," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.
Tangkap layar hantaran di laman Facebook oleh salah seorang penyokong bola sepak tempatan.
Memberi contoh kelab Eropah, meskipun Manchester United dan Manchester City berada di dalam bandar yang sama iaitu Manchester, kedua-duanya tidak menganggap satu sama lain sebagai abang dan adik.
Katanya, begitu juga di Milan, Itali, yang mana kelab AC Milan dan Inter Milan sama-sama berkongsi Stadium San Siro.
"Tetapi mereka tetap tidak anggap adik abang, malah dipanggil rival seteru.
"Kalau dianggap adik abang, sudah mestilah adik kena bagi abang menang. Baik tak payah lawan dan tak payah masuk liga," tambahnya.
Kelantan FC akan bertembung Kelantan United dalam saingan Liga Premier di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Cheras, Kuala Lumpur pada Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram