Kekuatan TRW terbukti, sistem menjadi


  • Podium
  • Ahad, 22 Mei 2022

Pemain Kelantan FC melakukan persiapan akhir sebelum perlawanan menghadapi Selangor II pada saingan Liga Perdana malam ini. — Facebook Kelantan FC

PASUKAN The Red Warriors (TRW) mengungguli Liga Perdana 2022 apabila merampas tempat pertama dari skuad Johor Darul Takzim (JDT) II selepas menundukkan Selangor FC II pada Ahad.

Kekalahan 2-1 JDT II kepada Terengganu FC II pada Sabtu menyaksikan Kelantan FC kini berkelebihan tiga mata berbanding JDT apabila menang tipis dalam perlawanan di Stadium UiTM hasil jaringan Syed Sobri.

Tidak dapat dinafikan Kelantan FC di bawah kendalian Rezal Zambery Yahya dilihat semakin agresif untuk mendapatkan kemenangan demi kemenangan, malah ia bukan sahaja ditunjukkan pada Liga Perdana namun saingan Piala FA juga.

Lihat sahaja pada perlawanan menentang Sabah FC pada Jumaat lalu bagi saingan suku akhir Piala FA, skuad itu sememangnya tidak memberi jalan mudah untuk Sang Badak menang 2-1 kerana dalam tempoh permainan sebenar kedua pasukan terikat seri 1-1.

kelantan sabah

Aksi perlawanan di antara Sabah FC menentang Kelantan United FC dalam saingan Piala FA Malaysia 2022 di Stadium Likas, pada 13 Mei lalu.

Prestasi cemerlang Kelantan FC dalam Liga Malaysia tahun ini turut dirasai oleh para penyokong setianya dan bagi pemerhati utama skuad The Red Warriors, Zuraimi Zukri kelebihan pasukan Pantai Timur itu adalah mempunyai pilihan setaraf melibatkan barisan utama serta kedua.

Pemilihan itu dapat dilihat pada bahagian serangan dan pertahanan yang melibatkan pemain seperti Natanael Siringoringo, Mohd Fazrul Amir, Nor Farhan Muhammad, Jasmir Mehat dan Dzulfahmi Hadi.

Jelasnya, gandingan mereka ini berjaya menyumbang bantuan dan jaringan untuk Kelantan FC meskipun dibarisi pemain kurang dikenali seperti Nurshamil Abdul Ghani serta Nixon Guylherme.

"Sriringo terkenal dengan pemecah space belakang melalui couter-attack, Fazrul lebih berteknikal, Dzulfahmi classic winger. Walaupun injury prone, Farhan mempunyai pengalaman dan bakat yang lebih dari cukup untuk beraksi di Liga Perdana.

"Lebih dari 8 pemain boleh menjaringkan gol. Ia tidak cuma terbatas melalui Nurshamil atau Nixon. Kelantan tiada isu jika seorang pemain buntu, tidak akan menjejaskan ketajamannya di bahagian hadapan.

'Sistem rotation Kelantan mula membuahkan hasil. Pemain sedang berkongsi beban. Di backline juga begitu terutamanya di bahagian fullback melibatkan Che Arif, Arif dan Shahrul. Malah Yusri, Ghaffar dan Helmi digilirkan. Tidak lupa, penjaga gol pun Kelantan rotated," katanya menerusi halaman Info Bolasepak TRW Kelantan FC.

Menurutnya, pujian perlu diberi kepada pengendali TRW, Rezal Zambery kerana menggunakan sistem penggantian yang mana Kelantan FC tidak hanya bergantung kepada kesebelasan utama tapi peluang terus dberikan kepada 20 pemain hampir setaraf.

Terdahulu, Rezal Zambery memberi jaminan bahawa akan memberi peluang kepada semua pemain untuk turun padang dan menunjukkan kemampuan mereka, perkara itu telah dibuktikan oleh beliau.

"Sehingga Liga Pedana tujuh dia telah mengotakan janjinya. Ayuh, dapatkan 3 mata lagi malam ini ketika semuanya sedang berjalan lancar. Rugi kalau tak ambil peluang kerana peluang baik tidak selalu datang. Kelantan is Red," tambahnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram