KELANTAN FC terus mengukuhkan kedudukan di persada liga apabila membenam PDRM FC 3-1 dalam perlawanan keenam Liga Premier pada Ahad.
Dua gol jaringan pemain import, Nixon Guylherme dan Nurshamil Abd Ghani melengkapkan malam gemilang buat The Red Warriors.
Kelantan FC kini berkongsi 15 mata dengan Johor Darul Ta'zim II (JDT II).
Namun, para peminat lebih memberi tumpuan kepada seorang lagi pemain import, Kervens Belfort yang banyak membantu jaringan Kelantan FC pada Ahad.
"Alhamdullilah, aku hormat dekat Belfort walaupun dia tak jaringkan gol tetapi banyak menyumbangkan bantuan hantaran kepada gol-gol Kelantan.
"Dia tak tamak untuk jaringkan gol, banyak bantuan dari bawah, tengah dan atas.
"Pemain import yang berbaloi," kata pengguna Facebook, Amir Syamim menerusi ruangan komen di media sosial.
Nurshamil (kanan) ledak satu gol pada Ahad. — Facebook TRW Kelantan FC
Azrie Reza Zamri terlebih dahulu meledak gol buat PDRM menerusi sepakan penalti pada minit kelapan.
Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Kelantan FC menggandakan asakan dan hasilnya Nurshamil menjaringkan gol pertama The Red Warriors pada minit ke-49.
Nixon kemudian memastikan kemenangan milik Kelantan FC apabila meledak dua gol pada minit ke-68 dan ke-86. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram