Tan Cheng Hoe bakal ke Penang FC?


  • Podium
  • Isnin, 23 Mei 2022

Peminat berpendapatan bajet kewangan perlu besar sekiranya mahu mengambil Cheng Hoe sebagai jurulatih untuk Penang FC.

MENGHUNI tangga tercorot Liga Super bukanlah pemandangan indah buat penyokong Penang FC, apatah lagi dengan kegagalan untuk mencatatkan sebarang kemenangan pada musim 2022.

Dalam lapan perlawanan sepanjang musim ini, Penang FC sekadar mencatat keputusan tiga seri dan selebihnya tewas, sekali gus terperosok ke dasar liga dengan hanya mengumpul tiga mata.

Prestasi hambar skuad Harimau Kumbang itu sebelum ini dikaitkan dengan taktikal kurang berkesan dan aksi hambar yang ditampilkan oleh bekas ketua jurulatih, Tomas Trucha yang kini sudah ditamatkan kontrak.

Penang FC ketika ini dikendalikan buat sementara oleh Manzoor Azwira yang dilihat bergelut untuk memulihkan reputasi skuad utara itu yang cemerlang pada musim 2021 dengan menduduki tangga ketiga liga.

Ramai memperkatakan keputusan pengurusan melepaskan ramai bintang kelab itu termasuk pemain muda antara penyebab Penang FC berdepan prestasi tidak menentu.

Namun di bawa pimpinan Manzoor, corak permainan Penang FC sudah nampak perubahan positif tetapi masih banyak perlu diperbaiki termasuk kemasukan pemain baharu yang lebih berpengalaman bagi menghidupkan peluang dan setidak-tidaknya mengelak daripada jatuh ke Liga Perdana.

Difahamkan, Penang FC bakal membawa pulang bekas pemainnya pada jendela perpindahan kedua musim ini selain mencari ketua jurulatih baharu sementara Manzoor Azwira Abdul Wahid kembali mengambil lesen Pro Diploma Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Antara spekulasi yang kuat diperkatakan adalah minat Penang FC mendapatkan Tan Cheng Hoe atau juga dikenali TCH tetapi masih di peringkat rundingan.

Jika benar, ini bertepatkan dengan undian penyokong Penang FC yang meletakkan Cheng Hoe sebagai pengganti paling sesuai, meraih 79 peratus undian, manakala Azraai Khor Abdullah merupakan piihan kedua dengan 25 peratus undian.

Selain itu, Dollah Salleh dan Mamu Zainal Abidin atau Mamu ZAH merupakan pilihan ketiga peminat apabila kedua-duanya mendapat undian sebanyak 3 peratus, diikuti Datuk M Karatu dengan undian sebanyak 2 peratus.

f0c9b42a-6204-4196-aa4f-a1a2fd63610c

Tangkap layar undian peminat berhubung jurulatih baharu bagi Penang FC.

Mengulas mengenai perkara itu, penyokong Penang FC, Izwan Bin Idris berkata, sekiranya jurulatih pertama pilihan peminat itu menggantikan Manzoor, maka gaji beliau mungkin akan lebih tinggi tiga kali ganda berbanding Trucha.

Katanya, pemilihan jurulatih tersebut bukan jaminan untuk Penang FC boleh terselamat ketika perlawanan akan datang.

"Bojan Hodak dah kena, Mamu Jacksen Tiago dah pernah kena juga. Zainal Abidin antara nama-nama besar coaching yang failed (gagal) di Penang. Ini nak try TCH?

"TCH bukan ada magic. Hanya yang dah bersama sejak awal musim. Tahu kekurangan dan kelebihan player (pemain) musim ini. Bawa masuk Cheng Hoe kena dok sama juga, nak kata paa... Habuan nak kena maki ja nanti," katanya menerusi hantaran di laman Facebook.

template (70)

Komen netizen di laman Facebook berhubung pemilihan jurulatih baharu.

Membalas hantaran itu, Rafz Panamera memberi komen bahawa, sekiranya Penang FC mahukan jurulatih tersebut, maka bajet kewangan kelab itu perlu besar.

Oleh itu, katanya, barulah Cheng Hoe boleh membawa masuk pemain-pemain yang beliau kehendaki.

"Macam OKS (Ong Kim Swee) buat dekat Sabah," katanya.

Bersetuju dengan perkara itu, Izwan Bin Idris berkata, meskipun bajet untuk mengambil jurulatih adalah besar namun gaji pemain kelab itu masih dianggap sedikit.

"Pemain-pemain yang bukan favourite (kesukaan) dia tapi disuruh juga management (pengurusan) untuk carry forward tugasan yang akhirnya melingkup," katanya.

Ahmad Nadim Ahmad Tajuddin memberi cadangan: "TCH boleh guna pemain muda, tapi kena bagi masa peminat bersabar 3, 4 tahun baru nampak hasil," katanya.

Cheng Hoe mula mencipta nama apabila cemerlang mengemudi Kedah FA (sebelum ditukar kepada Kedah Darul Aman FC) pada musim 2014 hingga 2017 sebelum disambar Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada 2018.

Beliau amat terkenal dengan taktik tiki taka dan gemar mengembangkan bakat muda sesebuah kelab seperti dilakukan di Kedah.

Cheng Hoe kini menjadi buruan beberapa kelab selepas meletak jawatan sebagai ketua jurulatih negara ekoran prestasi hambar semasa kempen Piala Suzuki AFF pada tahun lepas.

Sepanjang empat tahun mengemudi Harimau Malaya, Cheng Hoe berjaya memperbaiki ranking pasukan negara yang berada di kedudukan terburuk dalam sejarah bola sepak Malaysia di tangga ke-178 dunia kepada posisi ke-153 sejak mengambil alih tugas itu.

Prestasi terbaik skuad kebangsaan di bawah Cheng Hoe adalah pada musim 2019 apabila pasukan negara merekodkan sembilan kemenangan daripada keseluruhan 13 perlawanan termasuk aksi persahabatan Tier 1 dengan empat daripadanya menewaskan pasukan dalam ranking lebih tinggi pada ketika itu.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram